KUALA LUMPUR: Seiring ulang tahun Parlimen ke-62 hari ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diperkasakan kerana ia mempunyai peranan yang amat penting dalam menjalankan proses semak dan imbang pentadbiran negara.
Beliau berkata jawatankuasa bipartisan akan disifatkan lebih eksklusif dan khusus bagi membincangkan sesuatu perkara secara mendalam tanpa melibatkan aspek politiking.
"Saya mahu membudayakan penggunaan Jawatankuasa Pilihan Khas ini kerana saya amat percaya jawatankuasa ini mempunyai fungsi penting untuk semak dan imbang kerana ia dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang.
"Jawatankuasa ini turut mempunyai kuasa untuk memanggil menteri, penjawat awam untuk ditanya soalan dan saya rasa inilah proses penambahbaikan yang amat signifikan bagi Parlimen Malaysia," katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 hari ini.
Azhar berkata sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau turut melaksanakan beberapa reformasi Parlimen antaranya memperuntukkan masa yang sama dan adil kepada Ahli-ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Berhubung pandangan Parlimen perlu berdiri sebagai sebuah badan bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak, beliau berkata institusi itu sememangnya memainkan peranan yang sama seperti badan kehakiman yang bersifat bebas.
"Malah semasa saya menjadi Yang Dipertua, kita tidak pernah disuruh atau diberi arahan oleh pihak eksekutif untuk berbuat atau tidak berbuat sesuatu.
"Ia sememangnya bergantung kepada Ahli-ahli Parlimen untuk membahaskan apa-apa polisi yang dibentangkan di Parlimen secara ilmiah dan tidak beremosi," katanya.
Sempena persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini, Azhar berkata pelbagai inisiatif dijalankan bagi meminimumkan risiko jangkitan COVID-19 antaranya pemasangan penapis udara ultra violet di dewan besar Parlimen serta penggunaan teknologi nano di pejabat bagi membunuh bakteria dan virus.
Katanya dengan melalui usaha itu, tahap pengudaraan di Parlimen kini adalah setaraf hospital dan amat bersih.
Mengenai persidangan secara hibrid, Azhar berkata draf bagi tujuan itu yang antara lain merangkumi kaedah perjalanan mesyuarat, peraturan, perbahasan, proses undi serta intervensi telah disediakan dan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Dewan, pada Isnin.
Sekiranya mendapat persetujuan, beliau berharap mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas setidak-tidaknya dapat dijalankan secara dalam talian dengan tidak memerlukan penjawat awam terlibat untuk hadir selain dapat mengurangkan risiko penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 11 2021
Azhar Azizan berkata jawatankuasa bipartisan akan disifatkan lebih eksklusif dan khusus bagi membincangkan sesuatu perkara secara mendalam tanpa melibatkan aspek politiking.- Gambar fail/BERNAMA
Ketua jabatan gagal lapor salah laku pegawai bawahan berdepan tindakan tatatertib - PM
Perdana Menteri hari ini memberi memberi peringatan serius bahawa ketua jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk tidak dinaikkan pangkat.
Tiga ditahan berkait laporan palsu penemuan bayi
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berhubung laporan palsu penemuan bayi perempuan yang baharu lahir dalam kejadian di Pekan Titi Serong, Parit Buntar.
Pergerakan ringgit dalam hala tuju tepat, cerminkan asas ekonomi - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit kini dalam hala tuju yang tepat mencerminkan asas ekonomi dan prospek kukuh negara, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Perkhidmatan SBST ditambah baik dengan bas baharu, pembayaran tanpa tunai - Loke
Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) akan ditambah baik dengan penggantian bas baharu dan sistem pembayaran tanpa tunai.
Peningkatan kelayakan penjawat awam tingkat produktiviti - PM
Kerajaan bersetuju meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi mengoptima sumber dan peningkatan produktiviti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi mengoptima sumber dan peningkatan produktiviti.
Pasangan warga emas mangsa kebakaran di Pagoh selamat dikebumikan
Jenazah pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh selamat dikebumikan.
Polis tingkat kawalan aksi Liga Super antara Perak, JDT esok
Seramai 500 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di Stadium Perak, Ipoh bagi memastikan perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) malam esok berlangsung lancar.
Kemerdekaan Indonesia ke-79 julung kali ke IKN
Ibu Kota Nusantara (IKN) bakal dijadikan lokasi sambutan Hari Ulang Tahun ke-79 Kemerdekaan Republik Indonesia tahun 2024.
Hotel Amari: Lokasi strategik, tarikan utama pelancong
Lokasi yang strategik, di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru menjadikan tarikan utama pelancong memilih Hotel Amari Johor Bahru sebagai tempat penginapan.
“Henti sebar fitnah mengenai abang saya” - Aufahanie
Itu luahan Penyanyi Aufahanie yang melepaskan rasa kesal dan kecewa beliau serta seluruh keluarga berhubung dakwaan tidak berasas seorang individu mengenai pemergian abang tercintanya, Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar.
Menurut Aufahanie, dakwaan kononnya Nidza Afham meninggal dunia kerana berhadapan masalah cinta yang dimuat naik dalam ciapan di laman X individu itu disifatkan sebagai tuduhan yang tidak masuk akal.
Menurut Aufahanie, dakwaan kononnya Nidza Afham meninggal dunia kerana berhadapan masalah cinta yang dimuat naik dalam ciapan di laman X individu itu disifatkan sebagai tuduhan yang tidak masuk akal.
Ulang tahun Parlimen: Azhar mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diperkasa
Jawatankuasa bipartisan akan disifatkan lebih eksklusif dan khusus bagi membincangkan sesuatu perkara secara mendalam tanpa melibatkan aspek politiking.