Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan secara peribadi menyokong saranan yang dibuat oleh Mursyidul Am parti itu yang mahu jawatan Timbalan Presiden diisi oleh calon mewakili golongan ulama.
Nasrudin berkata jika Presiden dan Timbalan Presiden diwakili oleh golongan ulama ia lebih bertepatan dengan perjuangan Pas sebagai parti Islam.
Namun beliau tidak menafikan peranan dan sumbangan golongan aktivis dan professional yang boleh membantu mengukuhkan lagi perjuangan Islam.
"Perjuangan Pas ialah perjuangan Islam jadi saya berpandangan lebih elok kalau dua jawatan utama itu diisi oleh mereka dari golongan ulama.
"Pada saya presiden dan timbalan umpama striker dalam pasukan bolasepak, perlu yang hebat, jadi bagi parti yang berjuang untuk Islam, yang didepan (presiden dan timbalan) perlu mereka yang berilmu.
"Saya juga tidak nafikan peranan golongan aktivis dan profesional dalam parti, mereka juga berilmu dan bersama berjuang untuk parti tetapi untuk dua jawatan utama saya berpandangan lebih elok kalau diisi oleh ulama," katanya ketika dihubungi astro Awani.
Beliau berkata calon baru dari kalangan ulama diperlukan untuk menjadi pelapis kepada barisan kepimpinan yang sedia ada.
Katanya jika tidak ditonjolkan muka baru yang mewakili golongan ulama, Pas akan mempunyai masalah untuk mencari pengganti golongan ulama yang sedia ada.
"Kita (Pas) perlu ada pelapis dari kalangan ulama juga untuk menggantikan pemimpin dari kalangan ulama yang sedia ada.
"Sehingga hari ini kita belum ada pelapis untuk menggantikan Haji Hadi (Abdul Hadi Awang) dan Mursyidul Am (Nik Abdul Aziz), jadi sebab itu saya rasa perlu untuk dua jawatan utama iaitu presiden dan timbalan presiden di isi oleh ulama.
"Atas sebab itu saya secara peribadi menyokong saranan yang dibuat oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz," katanya.
Nasrudin juga menjelaskan setakat ini DPPM belum membuat sebarang ketetapan untuk memberikan sokongan kepada mana-man calon yang bakal bertanding pada pemilihan kepimpinan baharu Pas di Muktamar Tahunan ke-59 yang dijadualkan bermula 22 November depan.
Sebelum ini Utusan Malaysia melaporan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap agar jawatan Timbalan Presiden Parti itu diisi oleh ulama pada pemilihan kepimpinan baharu parti itu.
Nik Abdul Aziz dipetik sebagai berkata beliau secara peribadi mahukan 'orang ulama' mengisi jawatan Timbalan Presiden.
Beliau juga dilaporkan mahu Presiden Pas sedia ada, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan untuk jawatan sama sekali lagi.
Sementara itu, Nasrudin ketika ditanya halatuju beliau pada pemilihan akan datang menjelaskan belum membuat sebarang keputusan untuk bertanding mana-mana jawatan.
"Saya belum buat keputusan bertanding mana-mana jawatan, kena tengok pencalonan juga, nak bertanding kena juga tengok juga ahli pas nak macam mana," katanya.
Nasrudin disebut-sebut akan dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden mewakili golongan ulama bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Idris Ahmad dan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
Irwan Muhammad Zain
Sat Sep 07 2013
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PRK Kemaman: Penyokong Pas jangan 'over confident'
Nasrudin berkata, semua jentera dan penyokong perlu berusaha agar Ahmad Samsuri menang dengan majoriti lebih besar.
Sudah cuba hubungi Rizal, Siti Amirah tapi belum ada respons - Nasrudin
Nasrudin berkata, kedua-dua pihak individu tersebut masih belum dapat dihubungi dan belum diketahui lagi mengenai status mereka.
Yadim tubuh Skuad D'uat Siber, beri penjelasan penulisan persenda Islam
Ia akan bertanggungjawab memberi penjelasan terhadap penulisan warganet yang mempersendakan Islam di media sosial.
Umat Islam wajib pelihara maruah, kesucian agama
Individu yang terlibat bukan sahaja berdepan dengan kemarahan umat Islam, malah mendapat kemurkaan ALLAH SWT.
Pihak berkuasa agama bermuzakarah terlebih dahulu sebelum fatwakan ajaran sesat - Zulkifli
Untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, ia perlu dilakukan dengan amat berhati-hati bagi memastikan tindakan atau keputusan yang diambil kelak tidak dianggap gopoh atau kekurangan maklumat.
COVID-19: Pemimpin UMNO dan Pas bantah keputusan benarkan syarikat arak beroperasi
Menurut Annuar keputusan membenarkan keputusan tersebut adalah tidak selari dengan keputusan yang telah diputuskan kerajaan.
Menantu Hadi nafi MB Terengganu dan Khalil terlibat 'kartel dedak'
Zaharuddin mendakwa poster yang memaparkan lima pemimpin Pas yang dikaitkan dengan kartel dedak yang tular itu adalah palsu.
Dana RM90j: Nashrudin, Mokhtar ke SPRM hari ini
Dua pemimpin Pas Pahang hari ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta.
PH tak jamin Islam, kita terpaksa 'back off'
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata kebersamaan itu pada awalnya memang untuk menggerakkan jentera perubahan namun mereka terpaksa berundur.
Kembali peranan asal LPN - Nasrudin
Syarikat itu akhirnya menjadi institusi berorentasikan keuntungan semata-mata apabila didominasi korporat sepenuhnya pada 2014 setelah dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia.