United Kingdom bersetuju untuk mengambil semula 42 kontena mengandungi sisa plastik yang dihantar melalui penghantaran haram ke Malaysia, sejajar dengan Konvensyen Basel.
Suruhanjaya Tinggi Britian di Kuala Lumpur dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia (MESTECC) dalam satu kenyataan bersama pada Isnin berkata pihak berkuasa dan ejen perkapalan sedang bekerjasama dalam proses penghantaran balik kontena berkenaan.
Kontena tersebut yang tiba di Pelabuhan Pulau Pinang antara Mac 2018 dan Mac 2019, dianggap sebagai tidak sah kerana tidak mematuhi dokumen import yang diperlukan.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata tindakan proaktif Suruhanjaya Tinggi Britian yang bekerjasama rapat dengan MESTECC untuk membawa pulang kontena berkenaan amat dipuji.
Kerjasama ini, katanya, menandakan perakuan bahawa pencemaran bahan plastik adalah isu global yang memerlukan komitmen daripada pelbagai negara untuk menangani masalah tersebut.
"Kami berharap kerjasama dan kefahaman antara Malaysia dan United Kingdom akan menjadi contoh kepada negara-negara lain yang syarikat mereka mengeksport sisa plastik tercemar ke negara membangun lain," katanya dalam kenyataan itu.
Pesuruhjaya Tinggi Britian ke Malaysia Charles Hay berkata kerajaan UK berkongsi kebimbangan sama seperti kerajaan Malaysia mengenai isu sisa plastik.
"Penghantaran balik 42 kontena ini mencerminkan komitmen kami untuk memerangi perdagangan sisa plastik secara haram," katanya, sambil menambah bahawa UK berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia dalam agenda yang lebih luas untuk memelihara alam sekitar dan menangani perubahan iklim.
Pengumuman berkenaan susulan lawatan Agensi Alam Sekitar (EA) Uk baru-baru ini, yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain sebagai respons kepada berita mengenai penghantaran sisa plastik secara haram dari UK.
Menurut kenyataan itu, EA telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan MESTECC, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pihak berkuasa dan agensi pelabuhan yang berkaitan di Malaysia.
Menurutnya, pertemuan berkenaan telah menghasilkan pemahaman bersama mengenai rangka kerja dan dasar pengawalseliaan yang berkaitan dengan perdagangan dalam sisa plastik, serta pertukaran pengetahuan dalam perkongsian prosedur pemeriksaan, pengenalan dan penghantaran balik sisa plastik.
MESTECC dan suruhanjaya tinggi itu telah menjalin kerjasma dalam beberapa inisiatif untuk menangani pencemaran plastik, termasuk menganjur bersama tayangan VIP rancangan Blue Planet II terbitan BBC Studio untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keburukan plastik sekali guna.
Selain itu, suruhanjaya tinggi itu menawarkan kepakaran UK dari WRAP Global, badan amal kelestarian UK, untuk menyokong inisiatif MESTECC dalam mewujudkan Perjanjian Plastik Malaysia.
Suruhanjaya tinggi itu juga akan menghantar pakar UK untuk mengadakan bengkel usaha sama dalam perkongsian dengan MESTECC bagi menggalakkan penyelidikan dan inovasi dalam mengurangkan penggunaan plastik.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa UK dijangka menjadi pengerusi bersama Persidangan Pelbagai Pihak ke Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP26) Ke-26 tahun depan.
- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 25 2019

Pencemaran bahan plastik adalah isu global yang memerlukan komitmen daripada pelbagai negara untuk menanganinya. - Gambar hiasan
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

UK ambil balik 42 kontena sisa plastik dari Malaysia
Kontena tersebut yang tiba di Pelabuhan P. Pinang antara Mac 2018 dan Mac 2019, dianggap tidak sah kerana tidak mematuhi dokumen import yang diperlukan.