KOTA KINABALU: Sabah mengekalkan syarat individu yang ingin memasuki negeri itu perlu menjalani ujian saringan RTK-Antigen terlebih dahulu.
Bagaimanapun, menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, mereka dikecualikan daripada menjalani tempoh kuarantin.
Dalam pada itu, katanya jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 60 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,355 kes.
"Daripada 60 kes positif COVID-19, sebanyak 29 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, tujuh kes saringan bergejala, satu kes dari kluster sedia ada serta 23 kes dari lain-lain kategori," katanya menerusi satu kenyataan media pada Selasa.
Masidi yang juga merupakan jurucakap COVID-19 bagi negeri ini berkata tiada kluster mahupun kes kematian direkodkan pada hari ini.
Selain itu, katanya seramai 511 orang telah menerima suntikan vaksin dos 1 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 41,957 orang.
"Bagi dos 2 vaksin Pfizer BioNTech, seramai 167 orang telah menerima suntikan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,080 orang," katanya.
Mengulas mengenai pematuhan penduduk terhadap prosedur operasi standard (SOP), Masidi berkata secara purata ia berada pada tahap 96.6 peratus, dengan Kota Kinabalu mencatatkan kadar pematuhan tertinggi.
Tiga daerah yang mencatatkan pertambahan kes COVID-19 tertinggi hari ini ialah Keningau (26 kes), Kota Belud (enam kes) diikuti Tawau (empat kes).
Eleanor Michelle Patrick
Tue Mar 23 2021
![Ujian RTK-Antigen COVID-19 kekal jadi syarat masuk ke Sabah Ujian RTK-Antigen COVID-19 kekal jadi syarat masuk ke Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616505936_SwabTest.jpg)
Masidi berkata, mereka dikecualikan daripada menjalani tempoh kuarantin. - Gambar fail/ AP Newsroom
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723719932_ArmizanMohdAli.jpg)
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
KPDN mempelawa pasar raya besar seperti Lotus's untuk membuka cawangan mereka di Sabah dan Labuan.
![Tony Fernandes terima Anugerah Penghargaan Pelancongan Sabah Tony Fernandes terima Anugerah Penghargaan Pelancongan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723588200_TonyFernandes.jpg)
Tony Fernandes terima Anugerah Penghargaan Pelancongan Sabah
AirAsia berkata pengiktirafan ini menghargai dedikasi Fernandes terhadap sektor pelancongan negeri sejak dua dekad lepas.
![Penglibatan swasta dalam projek pembangunan kurangkan beban kewangan Sabah Penglibatan swasta dalam projek pembangunan kurangkan beban kewangan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723300348_TBJoachim.jpg)
Penglibatan swasta dalam projek pembangunan kurangkan beban kewangan Sabah
Sabah sentiasa mengalu-alukan penglibatan pihak swasta untuk turut sama melaksanakan projek pembangunan yang mampu membantu rakyat dan mengurangkan beban kewangan kerajaan negeri.
!['Hidup mati kita dalam Malaysia' - Hajiji 'Hidup mati kita dalam Malaysia' - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722924278_HajijiNoor.jpg)
'Hidup mati kita dalam Malaysia' - Hajiji
'Hidup mati kita dalam Malaysia'. Demikian kenyataan tegas daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkaitan isu tuntutan pihak luar terhadap Sabah.
![Kedaulatan Sabah dalam Malaysia akan dipertahankan - Hajiji Kedaulatan Sabah dalam Malaysia akan dipertahankan - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715132718_HajijiNoor.jpg)
Kedaulatan Sabah dalam Malaysia akan dipertahankan - Hajiji
Kerajaan Sabah menyokong pendirian tegas kerajaan Persekutuan dalam mempertahankan kedaulatan negara dan menolak sebarang tuntutan terhadap Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
![Penerokaan khazanah laut berpotensi jadi sumber ekonomi biru Sabah - Hajiji Penerokaan khazanah laut berpotensi jadi sumber ekonomi biru Sabah - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706090403_TBHAJIJIPLEDGE.jpg)
Penerokaan khazanah laut berpotensi jadi sumber ekonomi biru Sabah - Hajiji
Kerajaan Sabah sedang meneroka potensi Ekonomi Biru melibatkan penerokaan khazanah laut sebagai sumber ekonomi baharu serta produk yang boleh dihasilkan daripada industri itu.
![Percepat bina Lebuhraya Pan Borneo Sabah - Anwar Percepat bina Lebuhraya Pan Borneo Sabah - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722767453_AnwarIbrahim.jpg)
Percepat bina Lebuhraya Pan Borneo Sabah - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dipercepat bagi membolehkan rakyat negeri itu menikmati kemudahan jalan raya lebih baik.
![RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah - Anwar RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722762202_TBANWAR.jpg)
RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah - Anwar
Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa RM16 bilion diumumkannya untuk Sabah pada Pesta Kaamatan 31 Mei lepas, ialah peruntukan keseluruhan untuk negeri itu bagi tahun ini.
![Hajiji mahu pembinaan dua kompleks PGA di Sabah dipercepat Hajiji mahu pembinaan dua kompleks PGA di Sabah dipercepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719157425_TBhajijiNoor.jpg)
Hajiji mahu pembinaan dua kompleks PGA di Sabah dipercepat
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mahu pembinaan dua kompleks untuk batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) dipercepatkan untuk memperkukuh lagi keselamatan di negeri ini.
![Hajiji gesa warga pendidik Sabah budayakan pengajaran berasaskan ICT Hajiji gesa warga pendidik Sabah budayakan pengajaran berasaskan ICT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719157425_TBhajijiNoor.jpg)
Hajiji gesa warga pendidik Sabah budayakan pengajaran berasaskan ICT
Hajiji berkata kerajaan Sabah akan sentiasa menyokong usaha JPN untuk menjayakan hasrat sembilan fokus landskap pendidikan negeri.