BANGKOK: Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan lelaki yang meninggal dunia di Hospital Mae Sot berhampiran sempadan Thailand-Myanmar pada Mei lalu adalah warga Malaysia Goi Zhen Feng, yang dipercayai mangsa sindiket penipuan kerja.
Keputusan ujian DNA yang diterima pada kira-kira 4 petang semalam menunjukkan Goi Chee Kong adalah 99.99 peratus bapa kandung (biological father) kepada mangsa.
Ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum (Pahang) Sim Chon Siang yang membantu Chee Kong di Bangkok berkata dengan keputusan ujian DNA itu, pihak keluarga akan membuat permohonan penukaran nama mayat itu ke nama sebenar - Zhen Feng.
"Selepas itu, upacara pembakaran mayat (cremation) akan diadakan.
"Kami jangkakan abu mayat mangsa akan dapat dibawa pulang oleh ibu bapa mendiang ke kediaman mereka di Ipoh pada Jumaat atau Sabtu ini," katanya kepada Bernama.
Pada September 4, Bernama melaporkan Goi Chee Kong, 50, dan isterinya yang berusia 45 tahun ke Bangkok untuk mencari anak lelaki sulung mereka yang hilang.
BACA: Luluh hati ibu bapa dapat tahu kematian anak ada kaitan dengan sindiket penipuan kerja
Namun, pasangan suami isteri yang tiba di Bangkok pada 30 Ogos dan dijadualkan ke Mae Sot pada hari berikutnya untuk bertemu anak lelaki mereka yang dikatakan sakit dan menerima rawatan di Hospital Mae Sot telah dimaklumkan Zen Feng sudah pun meninggal dunia 11 Mei lalu.
Lebih menyedihkan apabila mereka mendapat tahu bahawa anak mereka itu menjadi mangsa sindiket penipuan kerja di Myawaddy, Myanmar.
Pasangan itu turut dimaklumkan doktor bahawa mendiang telah didera sebelum dihantar ke hospital oleh kumpulan sindiket penipuan kerja pada 11 April lepas dengan menggunakan nama palsu "Mun Jun Hong" dan nombor pasport palsu.
Mangsa telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu dan meninggal dunia pada 2 pagi 11 Mei sebelum jasadnya dikebumikan di tanah perkuburan di Si Racha di wilayah Chonburi atas nama "Mun Jun Hong" .
Pada 2 September, keluarga mangsa terpaksa mengumpul dana untuk menjelaskan tunggakan bil hospital kira-kira RM40,000 sebelum boleh mendapatkan sijil kematian untuk menjalankan ujian DNA, pembakaran mayat serta membawa abu mangsa pulang ke Ipoh.
Zhen Feng, pelajar tahun akhir Institut Pendidikan Guru (IPG) berlepas ke Bangkok untuk bercuti pada 19 Januari lalu dan bertemu rakan media sosialnya.
Dia sepatutnya pulang ke Malaysia untuk menyambut ulang tahun kelahiran ibunya pada 5 Februari. Berikutan itu pada 7 Februari bapanya membuat laporan orang hilang.
Pada 31 Mac, pelajar itu menghubungi keluarganya dan memberitahu dia berada di Mae Sot di Wilayah Tak serta memerlukan RM80,000 untuk rawatan perubatan sebelum hilang khabar berita.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022
![Ujian DNA sah identiti mangsa penipuan kerja di Mae Sot sebagai Zhen Feng Ujian DNA sah identiti mangsa penipuan kerja di Mae Sot sebagai Zhen Feng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662999520_GoiCheeKong.jpg)
Goi Chee Kong dan isterinya ketika ditemui di Bangkok. Mereka mencari anak sulung mereka dan kemudiannya mendapat berita kematiannya pada 11 Mei di Hospital Mae Sot, dekat sempadan Thailand-Myanmar. --fotoBERNAMA
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
![12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM 12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679931235_AnwarIbrahim.jpg)
12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM
Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Sindiket penipuan kerja: MHO, MCCC akan bawa memorandum kepada PBB Sindiket penipuan kerja: MHO, MCCC akan bawa memorandum kepada PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664898488_TBmusahassan.jpg)
Sindiket penipuan kerja: MHO, MCCC akan bawa memorandum kepada PBB
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata memorandum itu akan diserahkan kepada pejabat PBB di Putrajaya Khamis ini.
![29 lagi rakyat Malaysia mangsa penipuan kerja di Kemboja dibawa pulang bermula hujung September 29 lagi rakyat Malaysia mangsa penipuan kerja di Kemboja dibawa pulang bermula hujung September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663062157_EldeenHusainiMohd.jpg)
29 lagi rakyat Malaysia mangsa penipuan kerja di Kemboja dibawa pulang bermula hujung September
Seramai 29 lagi rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja yang masih berada di depoh imigresen negara itu dijangka dibawa pulang secara berperingkat bermula hujung bulan ini.
![Ujian DNA sah identiti mangsa penipuan kerja di Mae Sot sebagai Zhen Feng Ujian DNA sah identiti mangsa penipuan kerja di Mae Sot sebagai Zhen Feng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662999520_GoiCheeKong.jpg)
Ujian DNA sah identiti mangsa penipuan kerja di Mae Sot sebagai Zhen Feng
Keputusan ujian DNA pada Isnin menunjukkan Goi Chee Kong adalah 99.99 peratus bapa kandung kepada mangsa.
![Luluh hati ibu bapa dapat tahu kematian anak ada kaitan dengan sindiket penipuan kerja Luluh hati ibu bapa dapat tahu kematian anak ada kaitan dengan sindiket penipuan kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662301753_GoiCheeKong.jpg)
Luluh hati ibu bapa dapat tahu kematian anak ada kaitan dengan sindiket penipuan kerja
Zhan Feng dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dan diseludup ke Myawaddy, Myanmar serta dipaksa bekerja.
![195 mangsa sindiket penipuan kerja masih berada di luar negara - Saifuddin 195 mangsa sindiket penipuan kerja masih berada di luar negara - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662286030_SaifuddinAbdullah.jpg)
195 mangsa sindiket penipuan kerja masih berada di luar negara - Saifuddin
Seramai 195 warga Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan dilaporkan masih berada di luar negara setakat Jumaat lepas (2 Sept).