Tokoh dan aktivis budaya di negeri ini mengesa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) agar mengambil serius teguran bekas Presidennya Tan Sri Dr Rais Yatim tentang tindakan universiti itu mengalihkan monumen keris di pintu masuk universiti tersebut.
Tokoh dan aktivis yang ditemubual Bernama itu mengesa agar universiti itu lebih peka dengan kedudukan keris dalam kalangan masyarakat terutama orang Melayu di negara ini dan menyifatkan teguran Rais itu bernas berdasarkan kedudukan keris sebagai simbol kekuatan jati diri rakyat Malaysia.
Tokoh budaya Prof Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata disebabkan mendapat tempat yang istimewa dalam hati masyarakat, UIAM sewajarnya meletakkan monumen keris itu di tempat yang tidak menyebabkan masyarakat tersinggung dan perlu mengambil langkah berhati-hati dalam menangani isu tersebut.
Beliau yang disenarai sebagai salah seorang tokoh oleh Arkib Negara Malaysia dan Tokoh Majlis Pengkisahan Sejarah Media Massa 'Media Pemangkin Kemerdekaan' berkata beliau difahamkan UIAM akan meletakkan monumen itu ke tempat yang sesuai namun beliau belum diberitahu lokasinya.
"Letakkan keris itu di tempat tidak menghina maruah kerana ianya adalah simbol jati diri bagi rakyat Malaysia. Jangan sekali-kali buang keris kerana ianya adalah satu penghinaan, namun dalam isu ini saya yakin bahawa pihak UIAM peka dan faham akan perkara ini.
"Dahulu keris melambangkan kuasa bagi raja Melayu dan simbol kepada arahan dari Istana, bagi rakyat biasa keris adalah jati diri bagi orang Melayu itu sendiri yang digunakan untuk mempertahankan diri dan cara ianya digunakan adalah secara individu satu lawan satu dan bukan berkumpulan," katanya kepada Bernama.
Pada Sabtu, sebuah portal berita menyuarakan luahan Rais tentang tindakan universiti itu mengalihkan monumen keris dan rehal yang mencerminkan keperwiraan dan al-Kitab disumbangkan oleh Yayasan Albukhary pada 2014 dengan kos RM1.5 juta.
Turut berkongsi pendapat, aktivis sosio-budaya Dr Huzaifah Hashim berkata adalah lebih baik sekiranya pihak pengurusan universiti terbabit mengekalkan monumen keris kerana ianya adalah simbol bagi orang Melayu selain daripada objek Al-Quran dan Tanjak.
"Menjadi hak pihak pengurusan universiti untuk mengalihkan monumen keris tetapi objek yang digantikan nanti harus berkaitan dengan simbol bagi orang Melayu dan agama Islam, namun ianya terserah kepada keputusaan pihak universiti itu sendiri," katanya.
Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua Umum, Pusat Warisan Dan Kebudayaan Melayu (Perantara) berkata pihak universiti perlu mengambil kira tentang sensitiviti dan makna objek baharu itu kepada rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 10 2019
Replika keris di bulatan berdekatan pintu masuk utama UIAM ditukar kepada Mushaf Al-Quran pada 9 Nov lalu. - Foto Facebook IIUM
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
UIAM perlu peka kedudukan keris dalam kalangan masyarakat Melayu - Tokoh budaya
UIAM sewajarnya meletakkan monumen keris itu di tempat yang tidak menyebabkan masyarakat tersinggung dan perlu mengambil langkah berhati-hati dalam menangani isu tersebut.