KUCHING:Polis Sarawak menahan tiga lelaki tempatan dan memburu dalang utama bagi membantu siasatan berhubung kejadian ugutan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuching semalam.
Ketiga-tiga lelaki terbabit ditahan petang semalam dan hari ini di sekitar Kuching.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, suspek utama berusia 35 tahun dan beralamat terakhir di Taman Rejang Park, Sibu sedang diburu pihak polis.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, mangsa menerima satu sampul surat berisi dua butir peluru hidup beserta notis ugutan 'Got 2 Bullets, one long one short, Which one you want' (Ada dua butir peluru, satu panjang satu pendek yang mana satu anda mahu) di rumahnya di Jalan Matang.
"Bimbang akan keselamatan, mangsa yang merupakan pegawai kanan JKDM di Kuching membuat laporan polis di Balai Polis Gita pada Khamis.
"Bertindak atas maklumat itu, polis menahan tiga lelaki tempatan berusia 35 hingga 39 tahun di sekitar Kuching bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Aidi menambah, motif kejadian dipercayai ada kaitan dengan operasi khas yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Kastam Kuching di satu daerah di Sarawak pada awal November lalu yang mana operasi itu diketuai mangsa.
Katanya, siasatan awal ke atas tiga lelaki yang ditahan mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
"Kesemua suspek kini direman selama empat hari hingga 1 Disember bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 501 Kanun Keseksaan," katanya.
Jelas Aidi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang diburu dikehendaki menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ramle Husin ditalian 013-8968963 atau berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran.
Astro Awani
Fri Nov 27 2020
Siasatan awal ke atas tiga lelaki yang ditahan mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. - Bernama
Persiapan sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar
Beberapa laluan di sekitar Bandaraya Kuching akan ditutup sempena sambutan ambang tahun baharu 2025 akan ditutup bagi memastikan aliran trafik sentiasa terkawal sepanjang acara sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar.
Papa Rock teruja beraksi di kaki Gunung Santubong
Penghibur legenda Datuk Ramli Sarip tersentuh apabila diberi peluang untuk menghiburkan peminat rock dalam edisi sulung Konsert Rock In The Jungle yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak.
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Gaza ditutup susulan serangan Israel - WHO
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Semenanjung Gaza, Hospital Kamal Adwan, telah menghentikan operasinya selepas serangan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Rumah perantaraan beri peluang banduan baiki kehidupan
Satu pejabat parol daerah atau rumah perantaraan diwujudkan di lahad datu bagi menambah kemudahan prospek untuk mengakses perkhidmatan pemulihan dan sokongan diperlukan secara langsung.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi beberapa kawasan di Sabah sehingga 30 Disember 2024.
Ewon mahu terus laksana tugas, enggan layan pertikaian
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ewon Benedick enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan pihak yang mempertikai pelantikannya sebagai Pengerusi PH Sabah.
Sabah komited kurangkan kada pengangguran
Inisiatif Kerajaan Sabah memperbanyakkan program pembangunan kemahiran dan latihan industri menampakkan hasil positif apabila kadar pengangguran di negeri itu pada suku ketiga 2024 mencatatkan penurunan.
SOGIP terima RM29.87 pelaburan, mula operasi 2026 dan 2027
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027.
Thailand, Malaysia sasar perdagangan AS$30 bilion menjelang 2027
Malaysia dan Thailand mengukuhkan hubungan bilateral dengan rancangan bercita-cita tinggi untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion menjelang 2027.
Arsenal hilang khidmat Bukayo Saka
Bukayo Saka, dijangka akan diketepikan selama lebih dua bulan selepas menjalani pembedahan kecederaan hamstring, kata pengurus pasukan itu, Mikel Arteta.
Polis pantau operasi berkaitan GISB di Sarawak
Polis turut menjalankan siasatan terperinci dengan mengenal pasti operasi yang dijalankan oleh GISBH namun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.
Pegawai kanan tentera guna kekerasan: Kertas siasatan diserah ke pejabat Peguam Negara
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.
Ketirisan diesel: KPDN perkukuh kerjasama dengan Polis Sarawak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkukuh kerjasama dengan Polis Sarawak dalam usaha membanteras ketirisan minyak diesel bersubsidi di negeri itu.
PRK DUN Jepak: Polis lulus 128 permit ceramah dan kempen
Polis Sarawak hanya menerima lima laporan polis sepanjang tempoh berkempen PRK berkenaan.
Polis Sarawak lupus dadah bernilai RM1.78 juta
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sarawak hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM1.78 juta yang dirampas sejak 10 tahun lepas.
'Geng Baby' tumpas, polis selesai 13 kes samun berkumpulan
Mohd Azman berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 23 dan 30 tahun.
Simpanan KWSP dan peribadi lesap, wanita rugi hampir RM1.2 juta
Seorang wanita berusia 55 tahun mengalami kerugian RM1.18 juta apabila menjadi mangsa penipuan penyamaran menerusi panggilan telefon.
Polis Sarawak rampas dadah bernilai lebih RM600,000 di Sibu
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM643,157 dengan penahanan seorang penganggur lelaki di bandar ini Khamis lepas.
PRU15: Polis Sarawak cukup anggota hadapi kemungkinan banjir
Mohd Azman berkata bantuan anggota dari luar Sarawak juga tidak diperlukan buat masa ini.
Polis Sarawak libatkan suri rumah bantu banteras jenayah
Inisiatif taman angkat itu bertujuan meningkatkan penglibatan polis secara lebih dekat dengan penduduk di kawasan perumahan.