MELAKA: Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu atas pertuduhan mengugut mahu memecahkan cermin kereta jirannya, pada Jumaat lalu.
Ramlan Mohd Sanusi, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat mendatangkan ketakutan kepada Hussin @Mohd Hussin Jaapar, 55, dengan kata-kata ugutan "aku lama berdendam dengan kau" dan mengugut akan memecahkan cermin kereta sambil memegang sebatang besi pencakar tanah.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah rumah di Taman Duyong Indah di sini, jam 4 petang pada 30 Jun lalu.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi sepanjang prosiding kes berlangsung.
Tertuduh yang diwakili peguam, Muhammad Izzuddin Malik memohon jaminan rendah diberikan terhadap tertuduh yang perlu menanggung enam orang anak dengan pendapatan bulanan RM1,500.
Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 30 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 05 2023

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Ugut pecah cermin kereta jiran, buruh dihadapkan ke mahkamah
Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu atas pertuduhan mengugut mahu memecahkan cermin kereta jirannya, pada Jumaat lalu.