TAMPIN: Hos jualan dalam talian didenda RM4,200 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan tunangnya, minggu lalu.
Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar, 28, dari Puchong, Selangor membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh telah menakutkan secara jenayah kepada tunangnya dengan cara mengeluarkan perkataan "saya pijak muka awak, saya bunuh awak dekat sini awak nak tengok, awak nak tengok saya punya tak waras, kalau saya tak dapat awak orang lain pun memang tak dapat awak, saya bunuh awak di sini, saya tak takut pun masuk penjara".
Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 17 Mei lalu, lebih kurang jam 11.30 pagi di dalam kereta berhadapan sebuah restoran makanan segera di pekan Rembau.
Oleh demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh di hukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Hukuman bagi seksyen tersebut, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM3,000 dan sekiranya gagal bayar, dia berdepan hukuman penjara 10 bulan.
Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh, masa dan tempat yang sama, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan cedera kepada individu sama dengan cara menumbuk di bahagian pipi kanannya.
Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh di hukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga satu tahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan ini, tertuduh dikenakan denda RM1,200 dan sekiranya gagal bayar, dia berdepan hukuman penjara empat bulan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Syuhada Mohd Isa. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 24 2024
![Ugut bunuh, tumbuk tunang, hos jualan didenda RM4,200 Ugut bunuh, tumbuk tunang, hos jualan didenda RM4,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716532988_tbCederakantunang.jpg)
Megat Amir Muhaimin (baju putih) didenda RM4,200 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan tunangnya, minggu lalu. -Foto Sinar Harian
![Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/51482503138_budaksekolahmotor.jpg)
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
![Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684818102_RubiahWang.jpg)
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
![Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
![Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027 Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720094373_Flag.jpg)
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
![China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107136_OrganizationSCOs.jpg)
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
![Polis siasat dakwaan kes buli, ugut bunuh pelajar di Sandakan Polis siasat dakwaan kes buli, ugut bunuh pelajar di Sandakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/41581582041_gaduh.jpg)
Polis siasat dakwaan kes buli, ugut bunuh pelajar di Sandakan
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, laporan polis diterima pada malam tadi berhubung kes tersebut.
![Ugut bunuh Nik Elin: Polis tunggu laporan SKMM Ugut bunuh Nik Elin: Polis tunggu laporan SKMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707991547_NikElin.jpg)
Ugut bunuh Nik Elin: Polis tunggu laporan SKMM
Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sebelum ini telah membuka tiga kertas siasatan membabitkan dakwaan ugutan bunuh tersebut.
![Ugut bunuh Nik Elin: Polis kenal pasti tiga pemilik akaun Ugut bunuh Nik Elin: Polis kenal pasti tiga pemilik akaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706081029_tbAllaudeenAbdulMa.jpg)
Ugut bunuh Nik Elin: Polis kenal pasti tiga pemilik akaun
Terdapat tiga laporan diterima membabitkan kes tersebut dan tiga kertas siasatan telah dibuka.
![Ugutan bunuh Nik Elin: PDRM minta bantuan SKMM Ugutan bunuh Nik Elin: PDRM minta bantuan SKMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705934994_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Ugutan bunuh Nik Elin: PDRM minta bantuan SKMM
PDRM memohon bantuan dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang terlibat.
![Lelaki mengaku salah ugut bunuh, cederakan ibu kandung Lelaki mengaku salah ugut bunuh, cederakan ibu kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693369984_TBKumaran.jpg)
Lelaki mengaku salah ugut bunuh, cederakan ibu kandung
Kumaran membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret.
![Teman lelaki ugut bunuh, kekasih enggan berkahwin Teman lelaki ugut bunuh, kekasih enggan berkahwin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684901292_HandcuffGari.jpg)
Teman lelaki ugut bunuh, kekasih enggan berkahwin
Keputusan seorang wanita untuk tidak berkahwin dengan teman lelakinya mengundang amarah suspek apabila mengugut mahu membunuh mangsa.
![Buruh didenda RM4,000 ugut bunuh rakan kerana tak kemas bilik Buruh didenda RM4,000 ugut bunuh rakan kerana tak kemas bilik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Buruh didenda RM4,000 ugut bunuh rakan kerana tak kemas bilik
Tertuduh telah memarahi mangsa kerana tidak mengemas bilik dan turut membakar kasut, baju serta seluar mangsa dan tertuduh bertindak mengejar mangsa menggunakan sebilah pisau.
![Enggan tukar hak milik rumah, pekerja dobi didakwa ugut bunuh bekas isteri Enggan tukar hak milik rumah, pekerja dobi didakwa ugut bunuh bekas isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681106841_UgutbunuhIsteri.jpg)
Enggan tukar hak milik rumah, pekerja dobi didakwa ugut bunuh bekas isteri
Seorang pekerja dobi didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, atas pertuduhan mengugut untuk membunuh bekas isterinya kerana berebut hak milik rumah.
![Diugut bunuh ketika terima panggilan kecemasan Diugut bunuh ketika terima panggilan kecemasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674347874_taliankecemasan.jpg)
Diugut bunuh ketika terima panggilan kecemasan
Menurutnya, individu tersebut kemungkinan dalam keadaan panik sehingga mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadap dirinya.
![Lelaki ditahan pukul, ugut bunuh ibu Lelaki ditahan pukul, ugut bunuh ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672821151_handcuff.jpg)
Lelaki ditahan pukul, ugut bunuh ibu
Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana disyaki memukul dan membuat ugutan bunuh terhadap ibunya yang dipercayai menjalin hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapanya.