KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki mengugut bapanya dengan mahu membakar rumah mereka jika tidak dibelikan burger dan pulang dengan segera membawa padah apabila Mahkamah Majistret Selayang hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadapnya.
Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Adib Akmal Mohd Sauffi, 29, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di kediamannya di Taman Bolton, Batu Caves, Selangor, pada 10 malam, 27 Dis lepas.
Mahkamah memerintahkan Mohammad Adib Akmal menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap, semalam.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, ketika bapa Mohammad Adib Akmal keluar membeli makanan, bapanya menerima panggilan telefon daripada Mohammad Adib Akmal yang menyuruh membelikan burger dan pulang ke rumah dengan segera.
Sekiranya bapa tertuduh tidak mengikut arahan, tertuduh mengugut mahu membakar rumah mereka.
Ketika rayuan, Mohammad Adib Akmal yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan M. Mariappan memohon mahkamah mengenakan hukuman yang ringan dengan alasan anak guamnya hanya berniaga kecil-kecilan dan berpendapatan RM1,000 sebulan.
Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.
"Dalam kes ini, tertuduh mengugut bapa kandungnya sendiri, tertuduh sepatutnya menjaga dan menghormati bapanya bukan mengugut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021

Mahkamah memerintahkan Mohammad Adib Akmal menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap, semalam. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Ugut bapa bakar rumah jika tidak beli burger, lelaki dipenjara
Mahkamah memerintahkan Mohammad Adib Akmal menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap, semalam.