Hari ibu yang jatuh pada 11 Mei tahun ini digunakan oleh orang ramai untuk meraikan ibu tersayang.

Di media sosial khasnya, orang ramai mula memuatnaik gambar ibu masing-masing dengan ucapan-ucapan yang menarik.

Tidak ketinggalan ucapan hari ibu dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut menulis ucapan bergambar buat ibunya di ruang Twitter.

Najib turut memuatnaik ucapan buat ibu-ibu kepada 276 pelajar perempuan Nigeria yang diculik oleh geng Boko Haram.



Beberapa ucapan dari ahli politik negara turut memeriahkan ucapan sambutan Hari Ibu pada tahun ini.






Artis dan selebriti tempatan juga turut menulis beberapa ucapan Hari Ibu buat ibu masing-masing.







Hari Ibu disambut pada hari berbeza mengikut negara.

Di Malaysia, Hari Ibu diraikan untuk mengiktiraf jasa-jasa kaum ibu di negara ini dan sambutannya diadakan pada hari Ahad di minggu kedua bulan Mei setiap tahun.