KUALA LUMPUR: Penjualan ubat terapi anti retroviral (Highly Active Antiretroviral Therapy - HAART) yang tular di aplikasi X adalah termasuk dalam kategori ubat yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan ubat itu hanya boleh dibekalkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau ahli farmasi berdaftar dengan preskripsi daripada pengamal perubatan berdaftar bagi tujuan rawatan perubatan.
"Pengambilan ubat-ubatan ini tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan seseorang pengguna terdedah kepada risiko kemudaratan yang serius," menurut kenyataan itu.
KKM turut menegaskan bahawa menjual atau membekalkan ubat yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 tanpa lesen yang sah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 13 akta berkenaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) akta sama iaitu denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut KKM perbuatan menawarkan dan cubaan untuk menjual ubat itu juga adalah satu kesalahan di bawah akta yang sama.
Selain itu, KKM turut memaklumkan semua iklan ubat dan iklan perkhidmatan kesihatan bagi tujuan merawat, mencegah atau mendiagnos penyakit adalah dikawal di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.
"Mana-mana pihak yang ingin menyiarkan iklan ini wajib memohon dan mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU) KKM terlebih dahulu sebelum (iklan) disiarkan.
"Penyiaran iklan tanpa kelulusan LIU adalah satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kali pertama," menurut kenyataan itu.
KKM menggesa orang ramai supaya mendapatkan ubat daripada sumber yang sah dan sentiasa berhati-hati serta tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana iklan atau testimoni di laman sesawang atau media sosial dengan dakwaan berkaitan perubatan yang tidak munasabah.
Orang awam boleh menyemak status pendaftaran ubat atau notifikasi kosmetik sebelum membuat sebarang pembelian menerusi laman sesawang https://www.npra.gov.my di ruangan "Product Status" atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-78835400 atau memuat turun aplikasi NPRA Product Status.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
Penjualan ubat terapi anti retroviral (Highly Active Antiretroviral Therapy - HAART) yang tular di aplikasi X adalah termasuk dalam kategori ubat yang dikawal di bawah Akta Racun 1952. - Gambar hiasan
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Ubat terapi anti retroviral dikawal bawah Akta Racun 1952
Penjualan ubat terapi anti retroviral (Highly Active Antiretroviral Therapy - HAART) yang tular di aplikasi X adalah termasuk dalam kategori ubat yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.