IPOH: Seorang lelaki ditahan bersama sebuah lori yang ditutup dengan kanvas dipercayai terbabit dalam kegiatan penyelewengan diesel di sebuah stesen minyak Jalan Sultan Iskandar Shah, di sini semalam.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Perak (KPDNHEP), Saifullizan Kamarul Zaman berkata pemandu lori berusia 24 tahun itu ditahan ketika sedang mengisi minyak diesel di stesen minyak tersebut pada 2.30 petang.
Katanya, operasi itu adalah hasil pemantauan harian yang dijalankan oleh anggota penguat kuasa di stesen minyak sekitar Ipoh.
"Hasil pemeriksaan mendapati sebuah lori bertutup kanvas sedang mengisi minyak diesel di stesen minyak tersebut, terdapat empat tangki fiber yang disyaki berisi minyak diesel disimpan di dalam lori berkenaan.
"Pemeriksaan lanjut juga mendapati saluran tangki asal minyak lori itu telah diubah suai dan disambungkan dengan empat buah tangki fiber berkenaan.
"Semakan juga mendapati pemandu lori itu tidak mempunyai sebarang dokumen atau permit yang sah bagi membeli minyak diesel," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Justeru itu katanya, pasukan pegawai KPDNHEP Perak telah mengambil tindakan dengan menyita hampir 1,000 liter minyak diesel dari lori berkenaan di lokasi tersebut.
Saifullizan berkata kesemua barang rampasan ini dianggarkan bernilai RM45,850.
"Pemandu lori itu telah ditahan untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut.
"Pemandu kenderaan ini tidak mempunyai sebarang kebenaran bertulis untuk membeli barang kawalan petrol/diesel dalam kuantiti yang banyak daripada Pengawal Bekalan Malaysia.
"Dianggarkan hampir 1,000 liter disyaki diesel telah diisi ke dalam tangki-tangki berkenaan.
"Selain itu lori berkenaan dipercayai mengumpul minyak diesel dengan mengisi di beberapa stesen sebelum dijual kepada pihak industri," katanya lagi.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Beliau turut memberitahu Kementerian melarang pembelian diesel dan petrol menggunakan tong, botol plastik atau mana-mana bekas melebihi 20 liter tanpa kebenaran Pegawai Bekalan.
Orang ramai dan pengusaha stesen minyak diingatkan bahawa mana-mana pihak yang hendak membeli petrol dan diesel bagi tujuan selain daripada mengisi minyak ke dalam kenderaan, mereka perlu mendapatkan permit khas yang dikeluarkan oleh KPDNHEP.
Aida Aziz
Fri Aug 19 2022
Pemeriksaan lanjut juga mendapati saluran tangki asal minyak lori itu telah diubah suai dan disambungkan dengan empat buah tangki fiber berkenaan. - KPDNHEP Perak
Israel serang Tebing Barat sewaktu gencatan senjata di Gaza
Tentera zionis mula menyerang Jenin pada 21 januari lepas, hanya dua hari selepas gencatan senjata di Gaza berkuatkuasa.
Kerajaan kaji impak platform AI DeepSeek kepada Malaysia - GoBind
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia.
Sabah Electrity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberikan rebat berjumlah RM10.2 juta kepada 687,031 pengguna elektrik yang berdaftar di Sabah dan Labuan tahun ini.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus berkurangan petang ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak petang ini terus berkurangan, manakala beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup.
AWANI Borneo [2/2/2025] – Kedaulatan negara|Banjir Sarawak|Penempatan setinggan
Tumpuan AWANI Borneo 2 Feb 2025 bersama Assim Hassan
-AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara
-JPBN Sarawak siap sedia gelombang kedua
-Sediakan kediaman sebelum robohkan rumah rakyat - Shafie Apdal
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
-AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara
-JPBN Sarawak siap sedia gelombang kedua
-Sediakan kediaman sebelum robohkan rumah rakyat - Shafie Apdal
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Bank Rakyat sumbang RM144,000 kepada 72 sekolah
Bank Rakyat agensi di bawah Kementerian Pembangunann Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyampaikan sumbangan berjumlah RM144,000 kepada 72 buah sekolah di kawasan Penampang dan Kadamaian melibatkan 1,440 pelajar daripada keluarga B40.
Malaysia dalam posisi kukuh galakkan kerjasama global bina semula Gaza - Penganalisis
Penganalisis percaya Malaysia mampu memainkan peranan untuk mengajak lebih banyak negara bekerjasama dalam membantu pembangunan semula Gaza melalui pendekatan diplomasi.
PKR mahu tanding di Dun Balung
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau telah menyampaikan hasrat kepada pucuk pimpinan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung pada Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
Sediakan kediaman sebelum robohkan rumah rakyat - Shafie
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Warisan berkata kerajaan negeri perlu ada perancangan penempatan baharu terlebih dahulu sebelum merobohkan kediaman setinggan.
Sabah Electricity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna
Seramai 687,031 pelanggan Sabah Electricity akan menerima rebat berjumlah 2.5 peratus daripada jumlah deposit elektrik yang dibayar.
KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
Bekas kapten kapal didakwa seleweng 61,000 liter minyak diesel
Seorang bekas kapten kapal mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menyeleweng 61,000 liter minyak diesel melibatkan kerugian RM97,600.
KPDN rampas 41,000 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng di PD
KPDN Negeri Sembilan merampas 41,000 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM59,400 dalam serbuan di dua premis berasingan di Port Dickson.
Pengarah syarikat, dua pekerja didakwa seleweng lebih 30,000 liter diesel
Seorang pengarah syarikat serta dua pekerja kapal tangki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyeleweng lebih 30,000 liter minyak diesel, Jumaat lepas.
Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal
Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter diesel subsidi
Polis menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi pada Selasa.
Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah guna diesel tanpa permit
Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan barang kawalan iaitu diesel lebih 19,000 liter tanpa permit.