BUKIT MERTAJAM: Taktik licik sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi menggunakan lori tangki minyak kelapa sawit yang diubah suai terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menyerbu sebuah stesen minyak di Juru, Pulau Pinang, semalam.
Ketika serbuan dilakukan, dua individu berusia 20-an dan 30-an sedang leka mengisi minyak diesel ke dalam tangki berkapasiti 39,000 kilogram berkenaan.
Pengarah KPDN negeri, R.S Jegan berkata, sindiket berkenaan cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menyewa lori ketika mengisi minyak di stesen-stesen minyak di sekitar negeri itu.
Menurut beliau, ketika serbuan dilakukan, sindiket terbabit baru sempat mengisi tangki berkenaan dengan kira-kira 500 liter minyak diesel.
“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu dan kelindan mengunakan lori tangki yang disewa bagi tujuan penyelewengan.
“Selain itu terdapat minyak diesel tersebut sebanyak 500 liter… rampasan dianggarkan bernilai RM75,625 (merangkumi) rampasan minyak diesel, motor pump dan hos, telefon bimbit dan wang tunai,” kata beliau.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Penyimpanan Eksibit KPDN, Bukit Minyak, di sini, pada Khamis.
Hadir sama Timbalan Pengarah KPDN negeri, A. Mogan.
Sementara itu, kata Jegan, semasa pemeriksaan juga pihaknya mendapati sindiket terbabit menggepam minyak ke dalam tangki menggunakan hos yang telah disambungkan dengan tangki utama melalui tangga yang diubah suai.
Kata beliau, kedua-dua lelaki warga tempatan yang juga pemandu lori dan kelindan ditahan bagi siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Feb 02 2023

R.S Jegan (kanan) Mogan menunjukkan hos yang dijadikan tangga untuk mengepam diesel ke dalam tangki. - Gambar Astro AWANI
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.
Pelajar patah tulang hidung ditumbuk akibat salah faham
Gara-gara pertelingkahan ketika memasuki persimpangan jalan, seorang pelajar tingkatan lima cedera ditumbuk sehingga retak tulang hidung oleh seorang lelaki tidak dikenali.
SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat Sapura Energy Berhad.
Tumpuan Sabtu – 15 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (14 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ubah suai lori sawit taktik seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dilakukan ketika dua individu sedang leka isi minyak diesel di sebuah stesen di Juru, Pulau Pinang.

8 bekas pekerja stesen minyak mengaku tidak bersalah salah guna kad inden polis
Berdasarkan pertuduhan kesemua tertuduh yang bekerja sebagai pembantu pam dalam mencapai niat secara curang atau tidak jujur menggunakan kad inden milik PDRM.