KOTA KINABALU: Universiti Awam (UA) digalakkan untuk menjadi penyedia kursus jangka pendek berakreditasi 'micro-credential' bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, selain mampu menambah pendapatan intitusi masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Dato' Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata semua UA perlu merebut peluang itu kerana institusi pengajian tinggi swasta giat menawarkan program sedemikian berdasarkan permohonan yang dibuat kepada pihaknya.
"Berdasarkan rekod, buat masa ini belum ada UA yang menawarkan kursus jangka pendek berakreditasi yang kini menjadi trend dan keperluan industri.
"Banyak bidang yang boleh dijadikan kursus jangka masa pendek, justeru UA yang terawal menyahut peluang ini mempunyai peluang menjana pendapatan lebih besar berbanding yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada Bicara Eksekutif Sistem Jalinan Kualiti Pendidikan Tinggi dalam Kerangka Kelayakan Malaysia bersama-sama Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Ts Dr Taufiq Yap Yun Hin; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Ir Dr Khairul Salleh Mohamed Sahari; serta Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS, Prof Dr Rasid Mail.
UMS muncul UA pertama yang dilawati MQA dalam siri jelajah Turun Padang yang bermula sejak bulan lalu.
Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, UA juga digalakkan menjadi Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).
Katanya, inisiatif itu bagi memberi peluang kepada masyarakat yang tidak mempunyai kelayakan konvensional untuk menyambung pengajian yaang diidamkan dalam bidang masing-masing.
"Kami mempunyai tiga jenis APEL iaitu APEL A untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi, APEL C bagi pemindahan kredit dan APEL Q untuk penganugerahan terus berdasarkan pengalaman pemohon," katanya.
Sementara itu, Taufiq berkata, pertemuan dengan MQA membolehkan pihaknya memahami dengan lebih mendalam mengenai proses akreditasi dan produk yang ditawarkan oleh MQA.
"Sesi ini memberi peluang kepada kami untuk mendapatkan maklumat diperlukan daripada MQA terutamanya membabitkan akreditasi program baharu serta kriteria untuk menjadi Pusat Penilaian APEL," katanya.
Astro Awani
Mon Apr 05 2021

Semua UA perlu merebut peluang itu kerana institusi pengajian tinggi swasta giat menawarkan program sedemikian berdasarkan permohonan yang dibuat kepada pihaknya. - Gambar fail/ Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.

3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.

MCMC peruntuk lebih RM600 juta tambah baik WiFi universiti awam - Fahmi
Antara aduan yang diterima oleh MCMC daripada pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ialah isyarat WiFi rendah walaupun terdapat liputan Internet.

Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman berkata, pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar.

Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.

Kebebasan bersuara: Zambry minta universiti awam dikecualikan daripada Akta 605
Beberapa cubaan telah dilakukan sebelum ini namun masih belum berjaya meskipun terdapat 12 institusi dikecualikan dalam akta berkenaan.

Universiti disaran contohi usaha UiTM tingkat kemudahan OKU
Pengurusan UA dan universiti swasta disaran meningkatkan pengurusan dan kemudahan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di institusi masing-masing.

Pindaan AUKU lebih realistik berbanding mansuh akta - Zambry
Langkah melaksanakan pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah lebih realistik berbanding cadangan pemansuhan akta berkenaan sebelum ini.

UiTM Holdings belum capai objektif, mandat jana kekayaan buat UiTM - PAC
PAC mendapati UiTM Holdings Sdn Bhd serta anak-anak syarikatnya masih belum mencapai objektif dan mandat untuk mencipta kekayaan kepada UiTM.