KUALA LUMPUR:Penubuhan TVS yang merupakan stesen televisyen pertama Sarawak berupaya mengangkat negeri ini ke pentas dunia sekali gus memacu sektor pelancongan.
Malah penubuhan itu kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi pencerahan penglibatan pendigitalan menerusi industri media membawa potensi besar buat Sarawak.
"Industri media mampu meningkat naik dalam ekonomi digital jika menyediakan kandungan luar biasa, strategi serta tawaran menarik yang jelas buat pelanggan.
"Saya yakin TVS akan boleh bersaing dengan stesen televisyen yang lain. Ini kerana TVS bukan hanya menjurus kepada hal-hal tempatan tetapi merancang untuk menjadi pemain di rantau ini sekali gus ke peringkat dunia," katanya.
Tambah Abang Johari, penubuhan TVS dilihat sebagai sebuah platform yang akan mengalakkan integrasi nasional merentas pelbagai bangsa dan budaya.
Menurutnya, TVS mempunyai peluang cerah untuk bersinar dalam industri penyiaran.
“Dengan strategi dan cara pemasaran yang betul, saya pasti TVS akan menonjol dalam industri penyiaran negara,” jelasnya semasa berucap dalam majlis pelancaran rasmi TVS.
Sementara itu, beliau turut memberitahu, penggiat industri kreatif perlu melabur untuk mendapatkan ilmu-ilmu baharu khasnya yang berkaitan dengan perkembangan teknologi.
“Saya menyeru kepada anak-anak Sarawak untuk mendapatkan tempat dan peluang bersama TVS. Saya pasti ada pelbagai peluang menanti anak Sarawak khasnya untuk bersinar cemerlang dalam penghasilan kandungan.
Dalam pada itu, Abang Johari memberitahu, TVS akan diperluaskan untuk siaran percuma di bawah platform stesen penyiaran lain.
Buat masa ini kata beliau, TVS masih dalam fasa percubaan bersama Astro untuk memastikan kestabilan teknikal serta hasil kerjanya mencapai standard industri penyiaran.
Nickyson Nyambar
Sun Oct 11 2020
![TVS angkat Sarawak ke pentas dunia, pacu sektor pelancongan TVS angkat Sarawak ke pentas dunia, pacu sektor pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602424661_TVSAbangJo.jpg)
Kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, TVS menjadi platform untuk anak-anak Sarawak khasnya pengiat industri kreatif untuk mengetengahkan bakat dan karya mereka. -Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![TVS angkat Sarawak ke pentas dunia, pacu sektor pelancongan TVS angkat Sarawak ke pentas dunia, pacu sektor pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602424661_TVSAbangJo.jpg)
TVS angkat Sarawak ke pentas dunia, pacu sektor pelancongan
TVS tidak hanya melihat kepada pasaran tempatan, malah di rantau Asia dan ia dapat dimanfaatkan untuk jana pendapatan negeri.