KUANTAN: Kerjasama pemain industri dengan institusi program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu dipertingkatkan, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata TVET memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah pengangguran belia kerana ia menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan industri.
"Industri seharusnya lebih terlibat dalam membantu mengembangkan program latihan bagi pelajar TVET dan perlu memberi sokongan dalam penyediaan kemudahan serta infrastruktur seperti menawarkan peralatan dan teknologi terkini untuk pengajaran dan pembelajaran.
"Kerjasama dengan industri juga membolehkan institusi TVET menawarkan program lebih berkualiti dan relevan dengan keperluan pasaran kerana mereka adalah pihak paling mengetahui permintaan industri," katanya.
Wan Rosdy berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Konvokesyen dan Pentauliahan Kemahiran Malaysia Kolej Yayasan Pahang (KYP) Advanced Skills 2023 di Dewan Utama Majlis Bandaraya Kuantan di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah KYP Skills Sdn Bhd Datuk Dr Ahmad Munawar Abdul Jalil dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang (YP) Datuk Mahmud Mohd Nawawi.
Wan Rosdy berkata kerjasama erat pihak industri juga dilihat dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti kerana pekerja yang berkualiti serta terlatih mampu meningkatkan prestasi sekali gus mengurangkan kos operasi.
Pada ucapannya, Wan Rosdy juga berbangga dengan usaha sama YP, KYP Advanced Skills dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang melaksanakan program Tahfiz Mahir dengan tajaan penuh YP, bagi memperluaskan bidang kemahiran dalam kalangan penuntut tahfiz untuk memberi jaminan kerja dengan latihan yang diiktiraf di peringkat nasional.
"Bagi tujuan itu, kerajaan negeri menerusi Belanjawan Pahang 2023 memperuntukkan RM1 juta bagi pembangunan institusi latihan kemahiran baharu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional Maahad Tahfiz di Penor (Kuantan)," katanya.
Pada majlis itu, seramai 290 graduan menerima sijil terdiri daripada 154 penerima Diploma Kemahiran Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia manakala 136 lagi menerima pentauliahan kemahiran Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023
Wan Rosdy berucap pada Majlis Konvokesyen dan Pentauliahan Kemahiran Malaysia Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills di Dewan MBK, Kuantan, 17 Jun 2023. --fotoBERNAMA
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: 7 maut, 33 yang lain cedera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
#AWANIRingkas 24 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Disember 2024
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Bomba bantu keluarkan warga emas meninggal dunia dalam bilik air
Kejadian disedari rakan mangsa sekitar jam 1.13 pagi yang mengesyaki sesuatu berlaku apabila mangsa terkunci dalam bilik air.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi kerjasama erat dengan China - TPM
Malaysia menyasarkan untuk mencapai kemajuan bersama melalui kerjasama erat dengan China yang memfokus kepada langkah menggalakkan pengagihan kekayaan saksama.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
Genap dua tahun, TPM Ahmad Zahid ikrar terus komited laksana tanggungjawab
Ahmad Zahid berikrar akan terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi memastikan lebih banyak lagi kejayaan yang boleh dibanggakan negara dicapai.
KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
TVET kunci keluar dari kemiskinan
Pendidikan secara umumnya adalah satu-satunya penyelesaian yang mampan untuk memecahkan kitaran kemiskinan dan ketidaksamaan.