KUALA LUMPUR: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara ketika ini telah keluar daripada sektor makanan dan minuman (F&B).


Ringkasan AI
  • Fokus TVET negara kini beralih kepada industri baharu bernilai tinggi yang menjamin kadar kebolehpasaran hampir 100 peratus.
  • Di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), kebolehpasaran TVET lebih tinggi, iaitu 98.5 peratus, kerana kursus-kursus yang ditawarkan sesuai dengan bidang pekerjaan yang diminta oleh majikan.
  • Majlis TVET Negara melibatkan 12 Kementerian dan 1,345 institusi TVET kerajaan dan swasta di seluruh negara yang menawarkan lebih daripada 4,000 jenis kursus.


Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tumpuan kini diberikan kepada industri baharu bernilai tinggi yang telah berjaya menjamin kadar kebolehpasaran hampir 100 peratus. 

“94.5 peratus (pelajar institusi TVET) peroleh pekerjaan sebelum atau selepas tamat pengajian. 

“Manakala TVET dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), peratusan kebolehpasarannya lebih tinggi iaitu 98.5 peratus. 

“Sebab kursus-kursus yang ditawarkan sesuai dengan bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan.

“Sekarang kita keluar daripada kepompong TVET yang tertumpu kepada buat kek, menjahit dan pengeluaran produk makanan dan minuman (F&B),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Jumaat.


TVET keluar dari kepompong F&B, sumbang kadar kebolehpasaran hampir 100 peratus – Zahid
 
Tambah Ahmad Zahid, demi memastikan pelaksanaan agenda TVET dengan lebih berkesan Majlis TVET Negara bergerak dengan melibatkan 12 Kementerian dan 1,345 institusi TVET kerajaan dan swasta seluruh negara, yang menawarkan lebih 4,000 jenis kursus.

Zahid juga memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meluncurkan Dasar TVET Negara pada 8 Jun bersempena sambutan Hari TVET Negara (HTN) 2024.


Agenda AWANI: TVET | Peluang Mendalami Ilmu Kemahiran