PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang penganggur kerana menyebabkan kematian anak saudaranya berusia tiga tahun yang mayatnya ditemukan dengan 56 kesan tikaman.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah menolak rayuan Goh Jie Keat untuk mengurangkan hukuman penjara ke atasnya.
Vazeer yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata hukuman penjara 20 tahun itu tidak keterlaluan mempertimbangkan cara Goh menyebabkan kematian budak perempuan berkenaan.
Beliau berkata rayuan Goh tidak mempunyai merit dan menambah hakim Mahkamah Tinggi telah mengguna pakai prinsip yang betul ketika memutuskan tempoh 20 tahun penjara itu.
Goh, 27, pada mulanya dituduh membunuh Serena Yip Pee Yee di sebuah rumah di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong di Kuala Lumpur, antara 7 malam hingga 8 malam pada 18 Jun, 2018.
Selepas 11 saksi pertuduhan memberi keterangan, Goh menghantar representasi kepada Peguam Negara dan representasinya diterima supaya tuduhan membunuh ke atasnya dikurangkan kepada menyebabkan kematian.
Pada 13 Julai, 2021, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Goh selepas beliau mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian anak saudaranya itu.
Beliau bagaimanapun memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk mengurangkan tempoh hukuman.
Menurut fakta kes, Goh sedang memotong bungkusan plastik dengan sebilah gunting ketika anak saudaranya itu mengusiknya dan mengajaknya bermain. Goh berang dengan usikan itu dan menikam kanak-kanak tersebut.
Dia berumur 21 tahun ketika melakukan kesalahan itu.
Peguam N. Subramaniyan yang mewakili Goh berhujah hukuman terhadap anak guamnya patut diringankan kepada 12 hingga 15 tahun atas alasan tindakan pemuda itu bukanlah sesuatu dirancang.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal berkata hukuman itu wajar dikekalkan memandangkan ia adalah kesalahan yang berat dan mangsa baru berumur tiga tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
Hakim yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata hukuman penjara 20 tahun itu tidak keterlaluan mempertimbangkan cara Goh menyebabkan kematian budak perempuan berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Pendakwaan kes palsu pasport Britain ditangguh
Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Abai fardu kifayah punca negara Islam tak jadi kuasa besar
Pengabaian umat Islam terhadap tanggungjawab fardu kifayah menjadi punca ketiadaan kuasa besar di kalangan negara-negara Islam yang mampu menakutkan musuh.
Doktor dituduh rakam punggung wanita
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
[TERKINI] Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada keadilan dan kemanusiaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia menyifatkan waran tangkap dikeluarkan ICC terhadap Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant sebagai kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Pemain Industri mahu terlibat sama dalam penggubalan yang telus
Pemain industri gig di Malaysia mengeesa penangguhan RUU Pekerja Gig untuk memastikan definisi pekerja gig diperhalusi, peraturan yang seimbang, serta proses yang lebih telus dan inklusif.
Polis kesan orang hilang dari hospital
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seseorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 november lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kes buli UPNM: Suspek mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai but spike
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI Ringkas: JPS beri amaran paras sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tusuk anak saudara dengan gunting, hukuman penjara 20 tahun penganggur kekal
Mahkamah Rayuan mengesahkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang penganggur kerana menyebabkan kematian anak saudaranya berusia tiga tahun.