KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan setakat ini tiada sebarang bukti yang mengaitkan kerajaan Filipina terlibat dengan tuntutan Kumpulan Sulu terhadap Sabah.
Perdana Menteri berkata, beliau juga telah mengadakan dua kali rundingan dengan Presiden Filipina, Ferdinand "Bombong" Marcos Jr berhubung tuntutan tersebut.
"Apakah ada sedikit bukti yang menunjukkan kerajaan Filipina terlibat?
"Setakat ini tidak ada bukti penglibatan kerajaan Filipina yang saya tegaskan.
"Saya ada rundingan dua kali dengan Presiden Filipina berkaitan perkara ini... tentu kita tersinggung tapi ia tidak melibatkan kerajaan Filipina," katanya pada sesi penerangan Perdana Menteri mengenai status terkini tuntutan lapan warga Filipina yang mendakwa waris Sultan Sulu di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdana Menteri menjawab pertanyaan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) yang ingin tahu sama ada tuntutan waris Sulu ada kaitan dengan kerajaan Filipina.
Dalam masa sama, Anwar turut mengulas mengenai soalan tambahan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai kerajaan Filipina yang enggan menggugurkan tuntutan ke atas Sabah selain mewujudkan pejabat majlis mereka di negeri itu.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, tuntutan dibuat itu telah dibuat sejak penubuhan Malaysia 1963 dan kerajaan akan mempertahankan hak Sabah.
"Tuntutan itu sejak penubuhan Malaysia 1963. Kerajaan silih berganti dan semua kerajaan sebelum ini menolak tuntutan itu dan mempertahankan hak Sabah.
"Sama ada dia tubuh pejabat majlis di Kota Kinabalu atau tidak, dia tidak sama sekali mempengaruhi keputusan kita bahawa Sabah itu kawasan negeri mutlak bersama Malaysia," tegasnya.
Hasimi Muhamad
Wed Jun 14 2023
Perdana Menteri berkata, beliau juga telah mengadakan dua kali rundingan dengan Presiden Filipina, Ferdinand "Bombong" Marcos Jr berhubung tuntutan tersebut - Foto/BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
FTA Malaysia-Korea akan dimuktamadkan tahun depan - PM
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea akan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.
Kerajaan tidak gunakan dana syarikat swasta untuk penerbangan rasmi - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan pihaknya tidak sama sekali menggunakan dana syarikat swasta untuk membiayai kos penerbangan lawatan rasmi ke empat negara.
Hubungan diplomatik Malaysia-Korea dinaik taraf kepada kerjasama strategik
Malaysia dan Republik Korea memuktamadkan naik taraf hubungan diplomatik kedua-dua negara daripada hubungan dua hala kepada kerjasama strategik.
Lawatan kerja PM: Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Korea
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan negara di Istana Presiden Yongsan untuk bertemu Presiden Yoon Suk Yeol pada Isnin.
Anwar, Yoon adakan mesyuarat dua hala mengenai hubungan Malaysia dan Korea Selatan
Kedua-dua pemimpin, diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala bermula 11.10 pagi, dijangka berlangsung kira-kira sejam.
[KOLUMNIS] Industri pertahanan tempatan perlu lonjakan strategik
Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang menyaksikan peruntukan terbesar dalam sejarah menarik perhatian banyak pihak.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.