Melihat wajah gembira mangsa banjir menikmati juadah yang dihidangkan merupakan detik istimewa yang memberikan kepuasan tersendiri kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sudah menjadi kelaziman Tunku Azizah, yang cukup dikenali dengan kepakaran memasak, turun padang melawat mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan malah sanggup menyingsing lengan baju semata-mata untuk menyediakan makanan kepada mangsa banjir dan memastikan mereka mendapat makanan lazat ketika berada di situ.
Namun di sebalik kisah air tangan Tunku Azizah, tiada siapa yang tahu bahawa baginda pernah menitahkan supaya beberapa dapur pusat pemindahan sementara (PPS) banjir 'dibuka semula' hanya kerana makanan yang disediakan tidak menepati cita rasa baginda.
Mengimbau insiden berkenaan, rakan baik Tunku Azizah, Mohd Norsham Nisam Abd Malik, 46, berkata Tunku Azizah mencemar duli ke PPS dan merasa makanan yang disediakan oleh petugas di situ, namun mendapati makanan itu tidak sedap.
"Baginda mahu mangsa PPS yang sedang bersedih sekurang-kurangnya dapat menikmati juadah terbaik, disediakan dengan penuh kasih sayang seperti masakan rumah... jadi, tanpa berlengah, baginda menyingsing lengan baju dan dengan bantuan 'pasukan baginda' mula memasak dan membaiki hidangan yang ada dengan segera kerana tidak mahu mangsa menunggu lama untuk makan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Mohd Norsham Nisam, yang juga Pengurus Korporat dan Industri Kolej Yayasan Pahang berkata mereka yang mengikuti baginda mencemar duli ke PPS sahaja mengetahui betapa istimewanya kedudukan mangsa banjir di sisi Tunku Azizah.
Tegasnya Tunku Azizah tidak pernah berpura-pura, sebaliknya kemesraan baginda yang sempat dirakam lensa kamera merupakan keperibadian sebenar baginda apabila bersama rakyat.
Mengimbas detik perkenalan mereka, Mohd Norsham Nisam memberitahu ia bermula sekitar 1994 apabila beliau dititahkan untuk mengendalikan majlis ulang tahun keputeraan anakanda baginda, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
"Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun pada mulanya pelbagai rasa menghantui diri kerana bukan calang-calang majlisnya. Sejak itu, baginda sering menitahkan saya untuk terlibat dalam pelbagai majlis, khususnya yang berkaitan kulinari.
Sementara itu, pengusaha katering terkenal Datuk Hanizah Ghazali, 61, berkata bakat dan kebolehan Tunku Azizah dalam bidang masakan menyebabkan air tangan baginda sentiasa dinanti-nantikan oleh rakan-rakan, malah ada masanya mereka dijamu dengan resepi baharu baginda.
Walaupun sudah hampir 15 tahun mereka berkawan, beliau berkata ada sahaja 'kejutan' yang dilakukan Tunku Azizah dalam ilmu masakannya.
"Kita tidak pernah berjaya jika cuba berbohong dengan baginda dalam perihal masakan. Baginda tahu apa yang kurang atau jika ada bahan yang diganti dengan bahan lain dengan hanya merasa masakan tersebut.
"Jika ada hidangan yang tidak sedap, baginda akan membaiki hidangan tersebut dengan menambah itu ini sedikit dan akhirnya memang diakui rasanya bertambah baik," katanya.
Mengenai keperibadian Tunku Azizah di dapur, Hanizah berkata baginda tidak mempunyai pantang larang dalam menyediakan sesuatu hidangan, namun amat mementingkan kebersihan dan kualiti masakan.
"Baginda akan mengambil tahu setiap proses penyediaan makanan itu. Bahan untuk memasak pun akan disediakan sendiri oleh baginda kerana mahu hasil akhir adalah yang terbaik.
"Bagaimana kita melihat baginda memasak di pusat penempatan sementara banjir, begitu jugalah keperibadian Tuanku di dapur istana. Tidak ada yang kurang dan tiada yang lebih sebab memasak memang minat baginda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 02 2019
Tunku Azizah yang pada ketika itu menyandang Tengku Puan Pahang (kiri) berkenan bergotong royong memasak untuk dihidangkan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Dewan Serbaguna Kampung Semangat, Kuantan, pada 2 Feb, 2017. --fotoBERNAMA/Fail
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunku Azizah singsing lengan baju, buka semula dapur untuk mangsa banjir
Sudah menjadi kelaziman Tunku Azizah turun padang melawat mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan malah menyediakan makanan kepada mangsa banjir dan memastikan mereka mendapat makanan lazat.