Bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya melalui panggilan telefon semalam.
Beliau yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi ini berkata ugutan tersebut dibuat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali pada pukul 10.10 malam tadi.
Katanya, bimbang nyawa dan keselamatan ahli keluarganya terancam beliau hadir membuat laporan polis.
"Kata-kata lelaki itu amat berani. Dia kata dia akan bunuh saya," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata ugutan tersebut kemungkinan berpunca daripada beberapa isu mengenai perkembangan di negara ini yang beliau komen.
"Lelaki itu mungkin mengugut saya untuk berhenti memberikan komen saya mengenai beberapa isu penting mengenai negara kita," katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Fadil Marsus mengesahkan ibu pejabat polis itu menerima laporan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang membawa hukuman denda dan penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.
Bernama
Sat Jun 08 2013
![Tunku Abdul Aziz buat laporan polis terima ugutan bunuh Tunku Abdul Aziz buat laporan polis terima ugutan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/71370672528_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tunku Abdul Aziz buat laporan polis terima ugutan bunuh Tunku Abdul Aziz buat laporan polis terima ugutan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/71370672528_295x200.jpg)
Tunku Abdul Aziz buat laporan polis terima ugutan bunuh
Bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya melalui panggilan telefon semalam.