Buku 'Tiga Puteri Gemilang' terjemahan dari versi asal 'The Three Swans' yang mengisahkan kehidupan ibu kepada perdana menteri, Tun Dr Rahah Mohd Noah bersama dua saudara perempuannya, Datin Fakhriah dan Tun Suhailah, dilancarkan Isnin.
Pelancaran buku terbitan MPH Group Publishing Sdn Bhd itu disempurnakan Tun Rahah sendiri.
'The Three Swans' merupakan hasil karya anak kepada Datin Fakhriah, Datuk Dr Fawzia Abdullah sebelum ia diterjemah oleh Datin Shajaratuddur Halim.
Dr Fawzia memberitahu pemberita bahawa buku yang menyelami kisah tiga wanita istimewa berkenaan sejak zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa itu disulami pelbagai peristiwa yang mempesonakan.
"Ia juga memuatkan peranan yang dimainkan ketiga-tiga wanita ini dalam memberi sokongan dan bantuan bagi memenuhi tuntutan kerjaya suami masing-masing," kata Dr Fawzia.
Tun Rahah ialah isteri kepada Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan juga ibu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala Tun Suhailah ialah isteri kepada Perdana Menteri ketiga Allahyarham Tun Hussein Onn.
Dr Fawzia menarik perhatian bahawa dalam proses menyiapkan buku itu, beliau membuat pelbagai penyelidikan selain melakukan temu bual dengan 85 individu termasuk anggota keluarga dan kenalan rapat.
Beliau berharap buku itu mendapat tempat di hati pembaca sama seperti buku versi bahasa Inggeris.
Dr Fawzia berkata 2,000 naskah 'Tiga Puteri Gemilang' dicetak dan senaskah berharga RM60.
Bernama
Mon May 19 2014
Isteri Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun (Dr) Rahah Mohamed Noah (kanan) ketika melihat buku 'Tiga Puteri Gemilang' selepas melancarkannya. --fotoBERNAMA
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Tun Rahah lancar 'Tiga Puteri Gemilang'
Ia memuatkan peranan yang dimainkan tiga wanita dalam memberi sokongan dan bantuan bagi memenuhi tuntutan kerjaya suami masing-masing.