Selepas 23 tahun dilancarkan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali melawat Zon Perindustrian Noi Bai di Hanoi, Vietnam.
Kawasan perindustrian terbesar dan pertama di Vietnam itu dilancarkan beliau pada 8 Mac 1996 bersama rakan sejawatannya ketika itu, Vo Van Kiet.
Penubuhan kawasan perindustrian sulung di Vietnam ini adalah atas cadangan beliau ketika menjadi Perdana Menteri ke-4.
Beliau diminta berkongsi perasaannya apabila berpeluang melawat kawasan berkenaan selepas kembali menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.
Menurut Dr Mahathir, beliau kagum dengan kemajuan dan pembangunan pantas di kawasan berkenaan selepas kerajaan Vietnam meminta nasihatnya untuk membantu pembangunan negara terbabit.
Jika pada tahun 90-an, kerajaan Vietnam memohon bimbngan dan bantuan Malaysia untuk membangunkan negara dan rakyat, kini kata Perdana Menteri, negara sosialis itu berkembang pesat dan banyak perkara perlu dicontohi.
"Saya kagum dengan kemajuan dan pembangunannya dan saya berpendapat kemajuan pesat diraih Vietnam adalah disebabkan kerajinan dan tidak memlihi bidang pekerjaan," kata beliau.
Tambah Perdana Menteri, kerana minat belajar dan gemar menerokai pelbagai kemahiran dan kepakaran menjadikan rakyat Vietnam, yang dahulunya miskin kini kaya.
Sebanyak 46 pelabur termasuk empat syarikat usaha sama Malaysia dengan beberapa syarikat luar dan tempatan beroperasi di kawasan perindustrian seluas 114 hektar itu dan menawarkan 22,000 peluang pekerjaan.
Lawatan ke kawasan perindustrian Noi Bai mengakhiri lawatan rasmi tiga hari Dr Mahathir ke Vietnam sebelum berlepas pulang ke tanah air pada pukul 3 petang.
Azlinariah Abdullah
Wed Aug 28 2019
Dr Mahathir Mohamad mengadakan lawatan ke Pameran Teknologi Tinggi di Yamaha Motor Vietnam Co Ltd, Zon Perindustrian Noi Bai, Hanoi, Vietnam pada Rabu. - Gambar BERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Tun M kembali ke Noi Bai, Vietnam selepas 23 tahun
Selepas 23 tahun dilancarkan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali melawat Zon Perindustrian Noi Bai di Hanoi, Vietnam.