SEGAMAT: Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar di sini, kira-kira pukul 2.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Bahrin Mohd Noh berkata kejadian itu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 dengan sebuah kereta Perodua Myvi dan gambar mangsa turut tular di media sosial.
Katanya, kemalangan itu berlaku ketika sebuah motosikal keluar secara tiba-tiba dari bahu jalan dan memasuki laluan kereta yang dari arah Jementah menuju ke Segamat.
"Disebabkan jarak yang terlalu dekat penunggang motosikal gagal mengawal kenderaannya dan melanggar bahagian tepi belakang kiri kereta yang kemudiannya terjatuh dan mangsa diseret oleh kereta terbabit.
"Penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Jementah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat Pegawai Bomba Kanan II Fuad Mohamad berkata sembilan anggota bersama jentera telah dikejarkan ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.
Katanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan lelaki berusia 47 tahun itu yang tersepit di bahagian tayar belakang kereta.
Fuad berkata pemandu kereta Myvi itu iaitu seorang lelaki warga emas berusia 83 tahun didapati tidak mengalami barang kecederaan dan operasi berkenaan ditamatkan pada 2.57 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022
Kejadian itu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 dengan sebuah kereta Perodua Myvi. - Gambar/ Media sosial
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Tular: Penunggang motosikal maut diseret kereta
Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar di sini, kira-kira pukul 2.30 petang tadi.