TAIPING:Polis menafikan dakwaan bahawa seorang lelaki warga Bangladesh yang memakai gelang kuarantin Kementerian Kesihatan (KKM) merayau-rayau di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang di sini yang ditularkan menerusi satu rakaman video.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata rakaman video berdurasi satu minit 37 saat menunjukkan pasukan polis memeriksa seorang lelaki pada kira-kira 11.05 pagi semalam, bukan warga asing malah tidak mengenakan gelang tangan KKM seperti didakwa.
"Dia berasal dari Kampong Pondok, Padang Rengas dan tinggal dengan kakaknya di Ipoh telah menumpang lori untuk ke Alor Star, Kedah untuk mencari kerja namun berhenti di kawasan hentian itu sebelum pekerja kedai makan menghubungi polis bantuan untuk meminta pertolongan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata pihak polis telah membantu menghantar lelaki tersebut ke Stesen Bas Kamunting serta membelikan tiket bas untuk pulang semula ke rumah kakaknya di Ipoh.
Osman berkata orang ramai diingatkan tidak menularkan sebarang berita yang tidak benar kerana boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.
Katanya sebarang perkongsian berita palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 16 2021

Orang ramai diingatkan tidak menularkan sebarang berita yang tidak benar kerana boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai. - Gambar hiasan

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Tular isu buli: PIBG MCKK buat laporan polis, mahu ambil tindakan undang-undang
PIBG MCKK membuat laporan polis terhadap tiga pemilik akaun media sosial berhubung kenyataan berunsur fitnah yang dimuat naik di laman sosial.

Foodpanda ambil maklum dakwaan seorang penghantar makanan dizalimi
Foodpanda telah dimaklumkan mengenai dakwaan itu dan akan menghubungi penunggang tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Reaksi 'geram' Raja Charles III undang perhatian di media sosial
Detik itu dirakam ketika upacara pertabalan Raja Charles III di Istana St. James di sini, pada Sabtu lalu.

Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer
Jelas Uncle Kentang, beliau akan membuat tabung pendanaan awam (crowdfunding) untuk membeli komputer buat pelajar berkenaan.

Pemandu lawan arus di Bulatan Cheras dipenjara enam bulan, denda RM8,000
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara enam bulan serta denda RM8,000 selepas didapati memandu secara melawan arus di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur pada 13 Disember lalu.

Lagi kenyataan media palsu, Presiden UMNO pula didakwa letak jawatan
Surat yang menggunakan logo UMNO selain tertera nama Setiausaha Agung itu mendakwa Zahid Hamidi letak jawatan sebagai Presiden parti.

Kenyataan media Muhyiddin buat keputusan letak jawatan adalah palsu - Pegawai PMO
"Semua kenyataan (akan) dikeluarkan di Facebook (rasmi Muhyidin Yassin), jika tiada boleh anggap palsu."

"Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40
Kisah ibu tunggal lima anak, Suzanne Anton, 45, membuka mata semua pihak bahawa pandemik turut memberi kesan kepada golongan M40.

Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO
UMNO menafikan surat berhubung pelucutan keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tular di media sosial pada Jumaat.

Gambar cetus kontroversi: Nadira Isaac minta maaf kepada PU Amin, warga maya
Personaliti media sosial, Nadira Isaac tampil mohon maaf kepada Pencetus Ummah (PU) Amin dan warga maya susulan perkongsian gambar yang tular baru-baru ini.