JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di Senai di sini bukan disebabkan COVID-19 seperti yang tular di media sosial sejak Isnin.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata bedah siasat ke atas lelaki berusia 40-an itu telah dijalankan di Hospital Kulai, kira-kira pukul 9 pagi, Jumaat lepas setelah keputusan ujian saringan mendapati dia negatif COVID-19.
Beliau berkata keputusan bedah siasat tidak menemukan sebarang kecederaan fizikal terhadapnya dan pegawai perubatan mengesahkan punca kematiannya akibat ateroma koronari atau serangan jantung.
Katanya sehubungan itu, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis mengingatkan masyarakat supaya berhati-hati dalam menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya supaya tidak menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.
"Polis menerima maklumat mengenai perkara itu pada kira-kira pukul 4.20 petang, Khamis lepas apabila orang awam memaklumkan terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri di dalam kereta di kawasan tempat letak kenderaan di Kawasan Perindustrian Senai II, di Kulai.
"Susulan maklumat itu polis dan petugas hospital telah bergegas ke tempat kejadian, namun lelaki itu didapati telah meninggal dunia," katanya dilaporkan Bernama.
Menurut Tok, siasatan awal turut mendapati cermin kereta itu dipecahkan orang awam yang cuba memberikan bantuan selepas menyedari dia tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu.
Sejak Isnin, tular dalam laman media sosial sebuah video berdurasi 32 saat menunjukkan beberapa individu berpakaian lengkap alat perlindungan peribadi (PPE) sedang berusaha menguruskan seorang individu terbaring di tepi jalan berdekatan tempat meletak kenderaan.
Maklumat yang dikongsi bersama video terbabit mendakwa mangsa positif varian baharu COVID-19.
Terdahulu, perkara itu dinafikan Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu, yang turut mengesahkan tiada kes membabitkan varian baharu COVID-19 dikesan di Johor setakat ini.
Astro Awani
Tue May 25 2021
Keputusan bedah siasat tidak menemukan sebarang kecederaan fizikal terhadapnya dan pegawai perubatan mengesahkan punca kematiannya akibat ateroma koronari atau serangan jantung. - Gambar/ Media sosial
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lelaki maut kemalangan babit 10 kenderaan
Seorang lelaki maut manakala tiga cedera termasuk seorang wanita parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan di Seremban.
Seorang maut, tiga cedera lori terbalik masuk longkang
Kemalangan itu membabitkan lori yang dipercayai terbabas dan terbalik ke dalam longkang.
Sempat mohon maaf pada ibu, lelaki maut terjatuh perigi
Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam perigi dianggar sedalam hampir lima meter berdekatan rumahnya di Kampung Nesa, Skudai..
Cubaan curi kabel gagal, lelaki maut jatuh dari tingkat 23
Suspek berusia 29 tahun yang maut juga dikesan mempunyai 10 rekod jenayah lampau.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen
Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di tempat kerjanya, di Seksyen 35, di sini pada Rabu.
Lelaki maut tersepit, kereta terbabas di lebuh raya WCE
Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya terbabas di bahu jalan dekat KM 254 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Padah curi kabel elektrik, lelaki kritikal melecur
Tindakan seorang lelaki mencuri kabel pencawang milik SESB membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian berhampiran Kampung Gentisan di Kota Kinabalu.
Lelaki maut terbabas selepas langgar ular sawa
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas akibat terlanggar seekor ular sawa di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah.
Lelaki maut leher tersepit pintu bank
Seorang lelaki maut selepas lehernya tersepit pada pintu masuk sebuah bank dalam kejadian di Kota Kemuning pada Selasa.