IPOH: Polis telah memberkas seorang lelaki ekoran kekecohan yang berlaku di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, pada awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia sekitar 20an itu diberkas di tempat letak kereta, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, di sini, kira-kira jam 11.50 malam tadi.
Menurutnya, kejadian kekecohan itu adalah rentetan daripada pergaduhan seorang suspek dengan ahli keluarga teman wanitanya di Jalan Sekolah, Guntong, di sini.
“Perintah reman diperolehi dari Mahkamah Majistret Ipoh selama empat hari hari ini hingga 23 Februari untuk membolehkan siasatan dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Polis buru suspek terbabit kes tular kekecohan di pekarangan HRPB
Beliau berkata, polis juga sedang berusaha untuk mengesan enam lagi lelaki yang masih bebas.
Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis sedang memburu beberapa orang suspek yang terbabit dalam kes mendatangkan kecederaan dan kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan HRPB.
Menurut beliau, pihaknya telah mengesan beberapa video yang tular di media sosial serta mendapat perhatian umum.
"Dalam isu ini, PDRM Ipoh telah terima dua laporan polis mengenai dua kejadian berasingan tetapi berkaitan,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.
Sebelum itu, tular di media sosial video yang memaparkan kekecohan di pekarangan HRPB sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Feb 20 2022
Polis sedang berusaha untuk mengesan enam lagi lelaki yang masih bebas.- Gambar fail
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Menteri Pertahanan Korea letak jawatan
Kim Yong Hyun membuat keputusan demikian berikutan pengisytiharan darurat tentera oleh Presiden Yoon Suk Yeol yang mengejutkan dan bersifat sementara.
Pertukaran guru: KPM sedia pertimbang kurangkan tempoh permohonan - Fadhlina
Fadhlina berkata isu kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan kementerian itu.
JPJ cadang lucut hak kenderaan 'prebet sapu'
Jazmanie berkata JPJ telah adakan perbincangan dengan AGC sejak tiga bulan lepas sebagai cara memutuskan kitaran pesalah berulang ini.
The Economy: Addressing the global rise of unfulfilled cybersecurity jobs
Join Ibrahim Sani as he sits down with Danny Kim, Founder of FullArmor Corp, to discuss the critical issue of the growing global shortage in cybersecurity talent. In this insightful session, Kim explores innovative solutions to bridge the skills gap, the future of cybersecurity jobs, and how organizations can adapt to protect themselves amidst rising digital threats.
PM Anwar kesal kelewatan pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua
Kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua menyebabkan Perdana Menteri hilang sabar.
Vivy Yusof, suami mengaku tidak bersalah pecah amanah RM8 juta
Pengasas FashionValet didakwa atas pertuduhan pecah amanah pelaburan Khazanah dan PNB bernilai RM8 juta, enam tahun lalu.
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Pusat gempa terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10km, iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.
AWS re:Invent 2024: Mesolitica, start up Malaysia bekerjasama dengan AWS
Focus di AWS re:Invent 2024 juga melihat konteks Malaysia yang mana syarikat pemula Mesolitica bekerjasama dengan AWS untuk menggunakan fungsi LLM AWS. Selain itu, dalam temu bual eksklusif bersama Jeff Johnson, Pengarah Urusan AWS ASEAN, beliau turut menyentuh soal jurang kepakaran digital ASEAN yang dijadikan fokus utama AWS.
IKRM: Isu gaji jejaskan kesejahteraan rakyat?
Apa faktor utama yang mungkin tidak tercermin dalam indeks kesejahteraan rakyat Malaysia (IKRM) 2023 yang boleh memberi gambaran lebih jelas mengenai kesejahteraan sebenar rakyat Malaysia?
86 murid SK Chepor keracunan makanan
Difahamkan, kesemua mangsa mengalami gejala sakit perut, muntah, cirit birit dan sakit kepala selepas makan beberapa jenis makanan ketika waktu rehat.
Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin
Seorang ibu tunggal dihukum denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan MyKad palsu sewaktu bersalin.
Lelaki maut rempuh belakang treler berhenti bahu jalan, saksi diminta salur maklumat
Kemalangan tersebut berlaku dekat susur lebuh raya berhampiran plaza tol Simpang Pulai pada 30 Julai lalu.
Warga emas maut dilanggar lori mengundur
Siasatan mendapati pemandu lori berusia 44 tahun berkenaan memiliki 100 rekod saman trafik, termasuk tiga kesalahan kemalangan jalan raya manakala lori dipandu mempunyai 10 saman terkumpul.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Lelaki dipijak gajah masih dirawat di hospital
Saarani sempat meluangkan masa menziarahi mangsa yang berasal dari Felda Bersia, Gerik dan ahli keluarga di HRPB pada Jumaat.
Surat layang gangguan seksual: Polis terima lima laporan
Polis Perak menerima lima laporan polis berhubung kejadian penyebaran surat layang gangguan seksual melibatkan seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan
Tindakan itu adalah bagi memastikan kes berkenaan dapat disiasat dengan telus dan berlandaskan perundangan.
Doktor buat laporan polis isu tuduhan gangguan seksual
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, pihaknya menerima laporan tersebut dari pengadu warga tempatan berusia 43 tahun itu pada Sabtu.