ISKANDAR PUTERI: Dua suspek yang terlibat dalam kejadian khianat di jalan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar di sini pada Sabtu lalu, berjaya ditahan.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, suspek wanita tempatan berusia 46 tahun dan anak lelakinya berusia 18 tahun yang juga warganegara Singapura itu ditahan semalam.
Katanya kedua-dua suspek ditangkap pada jam 9.15 malam di Pos Pemeriksaan Kastam laluan masuk Singapura ke Malaysia, Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang.
"Kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan kes. Suspek dipercayai tidak berpuas hati kerana kenderaannya telah dihalang serta bergesel semasa kejadian.
"Suspek lelaki merupakan warganegara Singapura manakala ibunya warganegara Malaysia memiliki PR Singapura selama 25 tahun.
"Pihak Polis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sehingga tertangkapnya suspek. Suspek direman sehari untuk siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Kecoh di Linkedua, wanita cabut nombor plat, tahan MPV daripada bergerak
Minggu lalu, tular video memaparkan insiden melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Toyota Alphard dan sebuah kenderaan jenis Kia.
Mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Alphard mengubah laluan ke kanan dan telah bergesel dengan sebuah kenderaan jenis KIA dari arah kanan.
Suspek remaja lelaki bertindak menjerit kata-kata kesat dan juga menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa manakala ibunya bertindak mencabut nombor pendaftaran kereta mangsa dan mencampaknya ke arah cermin hadapan kereta mangsa.
Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Forest City ke Singapura dan perbuatan suspek itu menyebabkan hanya terdapat sedikit kerosakan pada kereta mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
Siti Nur Aqilla Omar
Fri Jul 15 2022
Minggu lalu, tular video memaparkan insiden melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Toyota Alphard dan sebuah kenderaan jenis Kia. - Foto Facebook SG Road Vigilante
Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Hashem dijadikan sasaran dalam serangan Israel di Beirut antara Khamis dan Jumaat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Oktober 2024]
Fokus AWANI Pagi Bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Poligami tidak didaftarkan beri kesan status, masa depan anak.
Sultan Selabgor perkenan GISBH difatwakan menyeleweng.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan – Nancy.
Poligami tidak didaftarkan beri kesan status, masa depan anak.
Sultan Selabgor perkenan GISBH difatwakan menyeleweng.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan – Nancy.
Lawatan PM Anwar ke Dhaka imbau sejarah 52 tahun lepas
Lawatan ini mengulangi sejarah apabila Malaysia menjadi negara Islam pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh pada 31 Jan 1972.
Jurutera Keizrul Abdullah sifatkan pembinaan Terowong Smart ‘hadiah’ terbesar buat negara
Pengerusi Wetlands International Malaysia sifatkan sumbangan idea dalam pembinaan projek Terowong SMART, sebagai 'hadiah' terbesar beliau buat negara.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Tular cabut nombor plat: Dua suspek khianat Alphard ditahan
Dua suspek yang terlibat dalam kejadian khianat di jalan berhampiran CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar pada Sabtu lalu, berjaya ditahan.