SUBANG JAYA: Gara-gara menukar lorong secara melulu, sebuah Perodua Myvi dilanggar treler dan menyebabkan kemalangan melibatkan sembilan buah kenderaan di Kilometer 38 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 8.15 pagi.
"Siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi dipandu wanita berusia 22 tahun itu berada di lorong lurus ke Kuala Lumpur sebelum mengubah haluan ke kiri secara tiba-tiba untuk masuk ke susur Persiaran Kewajipan.
"Tindakan itu menyebabkan pemandu sebuah treler tidak sempat menekan brek lalu merempuh kereta Perodua Myvi berkenaan lalu terbalik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Wan Azlan berkata, Perodua Myvi berkenaan terbalik dan melanggar tujuh buah kenderaan lain yang sedang menunggu dalam kesesakan jalan raya.
"Kemalangan terbabit tidak melibatkan kemalangan jiwa atau cedera parah, hanya melibatkan cedera ringan pada pemandu Myvi. Lain-lain pemandu kenderaan, tidak mengalami kecederaan.
"Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan memandu dengan cuai dan tidak cermat," ujar beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 27 2022
Seorang wanita hanya mengalami cedera ringan selepas kereta dipandunya dilanggar sebuah treler. Foto Facebook. -Foto Sinar Harian
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Tukar lorong mengejut punca kemalangan 9 kenderaan
Perodua Myvi berkenaan terbalik dan melanggar tujuh buah kenderaan lain yang sedang menunggu dalam kesesakan jalan raya.