KUANTAN: Seorang tukang rumah cedera akibat tertusuk batang besi dipercayai terjatuh dari sebuah lori sebelum melayang menembusi cermin hadapan kereta dipandu dalam kejadian di Jalan Pantai Sepat, di sini pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, batang besi sepanjang 0.75 meter menembusi lengan dan terkena rusuk kiri Jamaludin Amin, 45, dari Kampung Penor di sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Alza dalam perjalanan dari arah Penor menghala ke arah Tanjung Lumpur.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, sebatang besi dipercayai jatuh dari sebuah lori arah bertentangan terkena cermin depan sebelum tembus masuk ke dalam kereta dan menusuk lengan serta rusuk mangsa.
"Mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana cuai hingga mendatangkan kecederaan terhadap orang awam.
"Usaha mengesan pemandu serta lori terlibat masih dijalankan.
"Berdasarkan maklumat awal, lori terbabit dipercayai berwarna hijau jenis roro membawa sisa bahan binaan namun nombor pendaftarannya belum dapat dipastikan," jelasnya.
Beliau berkata, pihaknya juga sedang mengesan saksi-saksi awam yang mungkin melihat kejadian untuk membantu siasatan.
Kejadian tersebut tular pada Rabu selepas gambar dan info ringkas dikongsi dalam sebuah akaun Facebook oleh individu dipercayai ahli keluarga mangsa.
Wanita itu turut memohon bantuan pengguna jalan raya yang mungkin terakam kejadian melalui kamera papan pemuka bagi mengesan lori terlibat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 09 2024
Keadaan cermin kereta dengan kesan berlubang akibat terkena batang besi yang jatuh dari sebuah lori sebelum tertusuk lengan dan rusuk mangsa dalam kejadian di Jalan Pantai Sepat di sini pada Rabu. - Foto Facebook/Warga Kuantan Official
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Kes buli UPNM: Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
Kaitkan dengan GISB, Mufti Perlis saman pemilik akaun Facebook
Pengurusan kes saman itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ong Yen Li pada 11 Nov ini secara e-review.
Agenda AWANI: E-Mobility Asia 2024: Building the future of green mobility in ASEAN
With rapid adoption of electric vehicles(EV) around the world and approximately 32,500 EVs on the road in Malaysia, how policy makers, businesses and consumers supporting the shift to greener transportation? What are the latest innovation and trends to make the switch?
Azrul Reza Aziz shares insights of the 2nd E-Mobility Asia (EMA) 2024 event and conference on Agenda AWANI 9 PM tonight.
Azrul Reza Aziz shares insights of the 2nd E-Mobility Asia (EMA) 2024 event and conference on Agenda AWANI 9 PM tonight.
Tiga suspek pengganas ditahan di Jawa Tengah - Polis Indonesia
Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan bahawa unit antikeganasan Polis Nasional, Detasemen Khusus 88 (Densus 88), telah menahan tiga suspek pengganas di lokasi berbeza di Jawa Tengah pada Isnin.
Tujuh modul dibangunkan untuk pulih akidah pengikut GISB - Mohd Na'im
Sebanyak tujuh modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sedang dibangunkan oleh jawatankuasa khas yang kini berada di peringkat akhir.
Bursa Malaysia ditutup tinggi menjelang keputusan menyuarat MPC
Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini.
Tiada harapan besar untuk presiden baharu - Penduduk Gaza
Bagaimanapun, Nadia berharap usaha dapat digerakkan AS untuk sekurang-kurangnya mencapai gencatan senjata.
Pengundi Islam mahu Asia Barat jadi prioriti presiden baharu
Tumpuan dunia termasuk di Malaysia, kini terarah kepada perebutan jawatan presiden antara Naib Presiden Kamala Harris dan bekas presiden Donald Trump.
Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan
Polis menyerbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Kepong dan Puchong serta menahan 48 individu termasuk warga asing dalam Op Noda baru-baru ini.
Tukang rumah cedera tertusuk besi jatuh lori
Batang besi sepanjang 0.75 meter menembusi lengan dan terkena rusuk kiri Jamaludin Amin.
Budak 5 tahun parah tertusuk besi di leher, dada
Menurut ibu mangsa, ketika kejadian mereka pergi ke kedai runcit namun tersadung dan terjatuh sebelum tertusuk besi.
Wanita cedera tangan tertusuk besi
Wanita berusia 23 tahun berada dalam bilik air dengan keadaan pergelangan tangan kanan mangsa telah tertusuk serpihan besi sepanjang 5cm.
Kanak-kanak berdepan detik ngeri, mata tertusuk besi pemegang tayar
Mata kanan kanak-kanak itu tertusuk besi berkenaan ketika cuba mengambil tayar ganti bagi membantu bapanya menukar tayar MPV jenis Proton Exora kira-kira jam 8.30 malam.
Sejam menahan azab akibat tangan tertusuk besi
Seorang lelaki terpaksa menahan azab lebih sejam selepas tangan kirinya tertusuk besi dalam kejadian di Pakan, di sini pada Selasa.