GEORGE TOWN: Seorang tukang paip didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh seorang wanita sehingga mangsa mengalami kecederaan parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.
Chan Ping Khoon, 32, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.
Lelaki itu dituduh melakukan perbuatan berkenaan terhadap Tan Li Sia, 38, di sebuah premis perniagaan Hydro Pump, Jalan Jelutong dekat sini pada 7.22 petang 24 Dis 2022.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh, selepas mengambil kira tahap keseriusan kes.
Chan yang tidak diwakili peguam memohon dibenarkan diikat jamin yang minimum dengan alasan berpendapatan RM3,000 sebulan dan menanggung isteri, seorang anak serta kedua-dua ibu bapa.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 Feb untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam.
Pada 30 Dis lepas, media melaporkan seorang wanita mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan dirawat di ICU selepas dipercayai dipukul seorang lelaki dalam kejadian samun di sebuah kedai menjual penapis air di Jelutong di sini pada 24 Dis lepas.
Lelaki itu dipercayai memukul mangsa dengan senjata tumpul sebelum menyamun wang tunai RM2,000.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023

Tukang paip, Chan Ping Khoon (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyenatas satu pertuduhan cubaan membunuh dalam kejadian Disember lalu. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Tukang paip didakwa cuba bunuh wanita
Seorang tukang paip didakwa atas pertuduhan cuba membunuh seorang wanita sehingga mangsa mengalami kecederaan parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Tukang paip curi meter air, SPAN mulakan siasatan
Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan.

Tempoh kelulusan pergerakan kepada individu bekerja sendiri dilanjut hingga 7 Julai
Tempoh kelulusan pergerakan secara one-off yang diberikan kepada pekerja sendiri yang tamat semalam, dilanjutkan hingga 7 Julai ini.