KAJANG:Seorang tukang masak berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan merogol seorang nenek berusia 57 tahun, minggu lalu.
Tertuduh yang bekerja di sebuah restoran makanan segera, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol wanita yang juga jirannya itu di sebuah pangsapuri di Semenyih di sini antara jam 2 hingga 2.40 petang, pada 15 Oktober lalu.
Mengikut kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhana Sahat tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, tertuduh merayu agar mahkamah menawarkan ikat jamin kerana dia tidak lagi tinggal di lokasi berkenaan malah berjanji tidak akan mendekati mangsa.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mohd Kafli membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu nenek tersebut.
Selain itu, tertuduh dikehendaki melaporkan diri sebulan sekali di balai polis terdekat sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 15 Disember depan sebagai sebutan semula kes.
Sinar Harian
Tue Oct 20 2020

Tertuduh merayu agar mahkamah menawarkan ikat jamin kerana dia tidak lagi tinggal di lokasi berkenaan malah berjanji tidak mendekati mangsa. -Sinar Harian

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Tukang masak rugi RM20,000 diperdaya panggilan video individu menyamar anggota polis
Seorang tukang masak rugi RM20,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan panggilan video menerusi aplikasi WhatsApp oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis sejak Januari lepas.

Tukang masak didenda RM2,500 tendang motosikal anggota URB
Seorang tukang masak didenda RM2,500 selepas dia didapati bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota Unit Rondaan Bermotosikal.

Bekas tukang masak bebas tuduhan bunuh
Mahkamah Tinggi pada Khamis, melepas dan membebaskan seorang bekas tukang masak daripada tuduhan membunuh seorang lelaki, enam tahun lalu.

Bekas pengawal keselamatan dipenjara 13 tahun sebabkan kematian tukang masak
Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 13 tahun di Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana menyebabkan kematian seorang tukang masak empat tahun lepas.

Curi telefon bimbit, tukang masak dipenjara dua bulan dan didenda RM2,000
Seorang tukang masak dipenjara dua bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret kerana mencuri sebuah telefon bimbit.

Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.

Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas dan cara kematian disahkan sebagai satu kemalangan.

Demonstrasi masakan buka peluang Chef Wan Noor berkhidmat di Tanah Suci
Chef Wan Noor Zamran Hashim, 52, mengetuai dapur di bangunan Abraj Al-Janadriyyah, ibu pejabat Tabung Haji, di Mekah.

Pembantu tukang masak mengaku tidak bersalah sebabkan kematian majikan
Seksyen 304A Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tukang masak pukul majikan hingga maut direman
Suspek berusia 55 tahun itu ditahan sejurus kejadian berlaku di sebuah restoran di Jalan Stadium di sini.