Tujuh remaja yang ditahan dalam siasatan kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat di sini di bawa ke lokasi kejadian dengan kawalan ketat polis kira-kira pukul 2.30 petang ini.
Tinjauan Bernama mendapati seorang daripada suspek dibawa ke sekitar Taman Tasik Datuk Keramat di belakang tafiz tersebut selama 10 minit, dua lagi kelihatan dekat tangga di belakang bangunan tahfiz yang terbakar itu manakala yang lain tidak kelihatan kerana dikawal ketat anggota polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Md Isa ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
"Saya telah arahkan anggota saya bawa semua tujuh suspek ke lokasi kejadian hari ini," katanya.
Khamis lalu seorang daripada tujuh remaja yang berumur antara 11 dan 18 tahun dibawa ke lokasi kejadian dengan kawalan ketat polis.
Kebakaran pusat tahfiz 14 Sept itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru akibat terperangkap di asrama di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat itu.
Pada Jumaat lepas, tempoh reman tujuh remaja disyaki terlibat dalam kes kebakaran di pusat tahfiz itu disambung tujuh hari lagi sehingga 29 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api.
Dalam pada itu, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara (NIOSH) , Tan Sri Lee Lam Thye yang turut melawat pusat tahfiz itu petang ini berkata pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyediakan modul dan pelan keselamatan yang bersesuaian dengan pusat maahad tahfiz seluruh negara.
"Peranan NIOSH hanya untuk membantu untuk memastikan pusat-pusat tahfiz seluruh negara mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan selamat untuk diduduki," katanya kepada pemberita.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2017

Khamis lalu seorang daripada tujuh remaja (dua kiri) yang berumur antara 11 dan 18 tahun dibawa ke lokasi kejadian dengan kawalan ketat polis. - Gambar fail
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara
Susulan itu, pemuda berusia 23 tahun ini akan dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara
Seorang pemuda berusia 22 tahun kekal dihukum penjara selama diperkenan Yang-di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Rayuan.

Tujuh suspek dibawa ke pusat tahfiz bantu siasatan polis
Seorang suspek dibawa ke sekitar Taman Tasik Datuk Keramat di belakang tafiz tersebut selama 10 minit, dua lagi kelihatan dekat tangga di belakang bangunan tahfiz yang terbakar itu.