Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tujuh suspek lelaki kerana disyaki telibat dengan aktiviti kumpulan pengganas, Daish termasuk seorang lelaki warga tempatan dan seorang warga Indonesia yang dikatakan menerima arahan untuk melancarkan serangan menggunakan bom kenderaan berskala besar di Malaysia.
Dalam satu kenyataan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dikeluarkan hari ini, polis memaklumkan mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas yang dijalankan di antara 21 hingga 26 Feb, 2017.
“Mereka (yang ditahan) terdiri daripada seorang warganegara Malaysia, seorang warganegara Indonesia, seorang warganegara Asia Timur dan empat (4) warganegara Yaman,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu antara lain memaklumkan tangkapan pertama pada 21 Feb 2017 melibatkan sel kumpulan Daish yang terdiri daripada seorang warganegara Malaysia dan seorang warganegara Indonesia.
“Mereka yang masing-masing berusia 41 dan 28 tahun bekerja sebagai juruteknik kilang dan petani ditangkap di Kepong, Kuala Lumpur. Suspek warganegara Indonesia tersebut pernah diusir dari Turki pada Jun 2016 setelah ditangkap ketika cuba menyusup masuk ke Syria untuk menyertai kumpulan Daish,” menurut kenyataan itu lagi.
Hasil soal siasat polis, mendedahkan bahawa mereka mendapat arahan daripada Mohamad Wanndy Mohamad Jedi untuk melancarkan serangan menggunakan bom kenderaan “vehicle borne improvised explosive device” (VBIED) berskala besar di Malaysia sebelum menyusup keluar dari negara ini untuk menyertai kumpulan Daish di Syria.
Seorang lagi suspek warganegara Asia Timur yang berusia 37 ditangkap pada 23 Feb 2017 di Petaling Jaya, Selangor.
Suspek disyaki menganggotai sebuah kumpulan pengganas dari Asia Timur yang menjadikan Malaysia sebagai tempat transit dan perlindungan.
“Beliau yang memasuki Malaysia pada tahun 2011 menggunakan pas pelajar yang disyaki palsu dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Lembah Klang. Siasatan awal mengesahkan bahawa suspek mempunyai hubungan dengan salah seorang lagi anggota kumpulan pengganas dari Asia timur yang terlibat dalam mengatur kemasukan anggota kumpulan tersebut ke Malaysia sebelum mereka berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan Daish,” katanya lagi.
Sementara empat suspek lain adalah warganegara Yaman yang ditangkap pada 26 Feb 2017 di Serdang dan Cyberjaya, Selangor pula disyaki menganggotai sebuah kumpulan pemberontak di Yaman. Siasatan awal mendapati mereka juga terlibat dalam aktiviti sindiket pemalsuan dokumen tiga perjalanan.
Turut dirampas dalam operasi tangkapan ini adalah pelbagai pasport antarabangsa dan sejumlah wang tunai bernilai RM270,000 dari pelbagai mata wang asing yang dipercayai untuk disalurkan kepada kumpulan pemberontak tersebut.
Kesemua suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (akta 747).
Manakala seorang suspek ditangkap di bawah Akta Imigresen Malaysia 1959/63.
Astro Awani
Sun Mar 05 2017
Tujuh suspek terbabit ditahan dalam operasi yang dijalankan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas yang dijalankan di antara 21 hingga 26 Feb, 2017. - Foto PDRM
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Sembilan suspek terlibat kumpulan pengganas ditangkap - KPN
Penahanan dibuat Bahagian Counter Terrorism cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi di sekitar Lembah Klang dan Sarawak.
Tujuh lelaki ditahan kerana disyaki terlibat Daish - KPN Khalid
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tujuh suspek lelaki kerana disyaki telibat dengan aktiviti kumpulan pengganas, Daish.
Pantau kegiatan militan, 100 anggota Counter Terrorism diserap ke IPK negeri - Khalid
Khalid berkata penambahan itu perlu untuk melihat kegiatan kumpulan berkenaan di peringkat negeri.