KUCHING: Tujuh daripada lapan warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dibawa pulang Jumaat adalah rakyat Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata kesemua mangsa terbabit terpedaya dengan tawaran gaji lumayan AS$1,000 atau kira-kira RM4,480 sebulan dan dipaksa bekerja untuk syarikat perjudian dalam talian di negara itu.
"Mereka menerima tawaran itu menerusi aplikasi Telegram tetapi tidak dinyatakan pekerjaan apa yang bakal mereka lakukan di sana.
"Mereka tiba di Dubai sejak bulan lepas sebelum berjaya melarikan diri pada 30 Nov lepas dan meminta bantuan daripada polis peronda yang kebetulan terserempak dengan mereka," katanya dalam sidang media di sini semalam.
Fadillah mengucapkan penghargaan kepada Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Dubai yang bersama-sama menangani isu berkenaan.
Selain itu, beliau menjelaskan Sarawak Volunteers menanggung kos tiket penerbangan pulang tujuh rakyat Sarawak dan seorang lagi rakyat Kelantan yang menjadi mangsa sindiket itu.
Tujuh rakyat Sarawak terbabit ialah Muhammad Adha Awang Azahari, 23; Mohamad Azam Abdullah, 23; Mohd Izzul Hydad Suhardi, 24; Syed Azwan Wan Abdul Karim, 20; Muhammad Azzaruddin Shah Azmannuddin, 20; Ainul Alif Sait, 28, dan Ashraf Salehin Hazmi, 24.
Sementara itu, Syed Azwan yang merupakan antara mangsa termuda berkata mereka menaiki penerbangan berasingan pada 24, 25 dan 26 Ogos lepas dan mula berasa tidak sedap hati apabila pasport serta telefon bimbit dirampas ahli sindiket itu sebelum mereka dikurung di sebuah rumah yang terletak di kawasan pedalaman.
"Sepanjang berada di sana, kami hanya diberi makan roti dan telur rebus pada tengah hari sahaja dan kadang-kadang diberi makan nasi kosong serta ayam untuk waktu malam," katanya.
Menurutnya mereka dikerah untuk bekerja dari 6 pagi hingga 1 pagi waktu tempatan dan telefon bimbit mereka dirampas selepas waktu bekerja tamat.
Dalam pada itu, Fadillah turut menggesa rakyat Malaysia agar berhati-hati sekiranya menerima sebarang tawaran pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan serta tidak munasabah.
"Tolong semak dahulu dengan pihak berkuasa mengenai kesahihan tawaran pekerjaan itu dan minta pihak berkuasa siasat. Saya harap rakyat Malaysia dapat mengambil pengajaran daripada kes ini," katanya.
Pada Jumaat, KLN dalam kenyataannya memaklumkan kes sindiket itu diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia bagi membantu proses siasatan selanjutnya.
Menurut kenyataan itu KJM di Dubai telah mengambil tindakan segera bagi membantu menyelamatkan mangsa setelah menerima makluman berhubung perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2022
![Tujuh daripada lapan mangsa sindiket pekerjaan di Dubai rakyat Sarawak Tujuh daripada lapan mangsa sindiket pekerjaan di Dubai rakyat Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671311690_FadillahYusof.jpg)
Fadillah (duduk, tengah) pada sidang media berhubung lapan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan di Dubai, di Kuching, 17 Dis 2022. --fotoBERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Tujuh daripada lapan mangsa sindiket pekerjaan di Dubai rakyat Sarawak Tujuh daripada lapan mangsa sindiket pekerjaan di Dubai rakyat Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671311690_FadillahYusof.jpg)
Tujuh daripada lapan mangsa sindiket pekerjaan di Dubai rakyat Sarawak
Semua mangsa terpedaya dengan tawaran gaji lumayan AS$1,000 sebulan dan dipaksa bekerja untuk syarikat judi dalam talian di UAE.