KUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu berangkat tiba bagi menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang dijadual pada pukul 11 pagi ini di Istana Negara.
Pra-Mesyuarat berkenaan diadakan sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang akan bersidang secara rasmi selama dua hari, bermula esok.
Ia dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Pemerhatian Astro AWANI, kenderaan rasmi pertama yang berangkat tiba di Istana Negara membawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddn Idris Shah sekitar jam 9.40 pagi.
Ia kemudian disusuli dengan keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Turut berangkat tiba ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz; serta Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Selain itu, dilihat hadir ialah Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Kali terakhir Mesyuarat Majlis Raja-Raja bersidang adalah pada 29 Jun lalu, dan ia dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin.
Kebiasaan Mesyuarat Majlis Raja-Raja menyentuh perkembangan semasa dalam negara, dan cabaran mendatang termasuk ekonomi.
Agenda lain yang turut disentuh ialah kemajuan hal ehwal agama Islam dan pembaharuan institusi Islam negara; selain taklimat mengenai keselamatan dan pertahanan negara.
Sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja berlangsung esok, Tuanku Muhriz dijangka memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama.
Ia disusuli Majlis Penanaman Pokok di pekarangan Istana Negara sebagai simbolik mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
KKU dan Majlis Penanaman Pokok adalah cetusan idea Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tidak pernah diadakan sebelum pelantikan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 28 2022
Kenderaan rasmi membawa Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ketika tiba di Istana Negara. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Tuanku Muhriz mempengerusikan Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260
Pra-mesyuarat berkenaan diadakan sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang akan bersidang secara rasmi selama dua hari, bermula esok.