Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini bersama-sama ribuan jemaah.
Seri Paduka berdua berangkat tiba di masjid itu kira-kira 8.30 pagi dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa menteri kabinet.
Turut hadir dif-dif kehormat serta perwakilan asing.
Tuanku Abdul Halim dan para jemaah kemudian bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak sebagai khatib.
Sejurus selesai khutbah Aidilfitri, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang bersalaman dengan baginda berdua.
Terdahulu, Seri Paduka berdua berkenan menerima menghadap perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta isteri masing-masing dan anggota Jemaah Menteri bersempena Aidilfitri di Istana Negara.
Sementara itu, Jamil Khir ketika menyampaikan khutbah bertajuk 'Aidilfitri Medan Mempertingkatkan Takwa' selepas solat sunat itu menyatakan bahawa kejadian letupan bom yang berlaku di Turki dan Bangladesh serta terbaru di Madinah sangat menyentuh hati umat Islam.
Katanya semua kejadian itu telah menggugat ketenteraman dan keharmonian di kalangan umat Islam terutama kejadian di Madinah yang berlaku di bumi Rasulullah SAW dan dianggap suci oleh seluruh umat Islam.
"Oleh yang demikian marilah kita bermuhasabah tinggi dan mengambil kesabaran yang besar di atas peristiwa di Madinah," katanya.
Beliau berkata kejadian di Malaysia pula iaitu di Puchong baru-baru ini yang juga didalangi kumpulan sama seperti serangan di Madinah seperti yang dinyatakan Polis Diraja Malaysia turut menguji umat Islam di negara ini.
Jamil Khir berkata insiden itu jelas memberi isyarat kepada umat Islam di negara ini tanpa mengira budaya untuk membina perpaduan bagi menepis ujian itu.
"Kalau kita boleh membina perpaduan sesama kita, kita dapat mengelakkan kejadian yang berlaku di Madinah dan bumi Malaysia ini mampu juga dipertahankan," katanya.
Bernama
Wed Jul 06 2016
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (dua,kanan) berkenan bertakbir bersama jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Kuala Lumpur, hari ini. - fotoBERNAMA
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pusat jagaan kanak-kanak di masjid bantu ibu bapa tenang bertarawih
Penyediaan khidmat jagaan kanak-kanak di bawah Program Tarbiyatul Aulad di Masjid Wilayah Persekutuan membolehkan ibu bapa menunaikan solat tarawih dengan tenang tanpa risau akan keselamatan anak.
Fadlan Hazim selamat bergelar suami kepada wanita Kazakhstan
Fadlan Hazim Selamat Bergelar Suami Kepada Wanita Kazakhtan, Aiya Mukhamedsalova
Kebenaran solat jemaah: Imarahkan masjid dengan pematuhan SOP - Zulkifli
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat ketetapan berhubung had jemaah mengikut SOP yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Program 1 Masjid 1 Pegawai Polis buat jemaah tenteram, rasa selamat
Cadangan Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk menempatkan seorang pegawai polis di 72 masjid melalui program 1 Masjid 1 Pegawai Polis (1M1P) mendapat reaksi positif.
Tuanku Abdul Halim sertai ribuan jemaah solat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan.
Jom sertai program Imarah Ramadan anjuran Astro
Astro Oasis dan Masjid Wilayah Persekutuan menjemput anda hadir ke program Imarah Ramadan untuk sama-sama memeriahkan malam-malam terakhir Ramadan.
Najib jemput umat Islam sertai solat hajat di Masjid WP Khamis
Perdana Menteri turut dijadual menghadiri majlis itu yang dianjurkan 1Malaysia For Youth dan masjid berkenaan.