KOTA BHARU: Tuah membuka akaun simpanan Tabung Haji sejak lahir memberi peluang kepada seorang pemuda dari Kampung Taman Bakti, Pengkalan Chepa, di sini, untuk mengerjakan ibadat haji pada usia muda.
Muhammad Iqbal Rosli, 23, berkata dia tidak pernah sama sekali menyangka usaha ibu Ros Hanizah Hussein, 61, dan bapanya Rosli Hassan, 64, membuka akaun Tabung Haji untuknya ketika beliau lahir kini memberi 'hasil'.
Katanya, telah menjadi rutin ibu bapanya untuk menyimpan wang yang diperoleh daripada saudara-mara atau kenalan yang menziarahinya ketika bayi termasuk duit setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri ke dalam akaun Tabung Haji.
"Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila saya berjaya merebut peluang yang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam ini terutamanya ketika saya baru berusia 23 tahun.
"Saya akan bertolak untuk menunaikan haji pada 26 Jun ini dan akan pulang ke tanah air pada 7 Ogos depan," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program Lambaian Kaabah di Dewan Haji Nik Abdullah Arshad, Kompleks Purnama di Pengkalan Chepa, di sini semalam.
Bercerita lanjut, anak keempat daripada tujuh beradik itu berkata, beliau sebelum ini telah mendapat tawaran untuk menunaikan ibadat itu pada tahun 2012 ketika berusia 14 tahun, namun terpaksa ditolak memandangkan ketika itu beliau belum cukup umur.
Bagaimanapun perkara itu tidak mematahkan semangat dan impiannya untuk menyempurnakan Rukun Islam kelima itu dengan membuat rayuan hampir setiap tahun kepada Tabung Haji selepas beliau berusia 18 tahun.
"Pada hujung tahun lepas saya mendapat surat daripada Tabung Haji memaklumkan saya ditawarkan untuk menunaikan ibadah haji. Sejak dari itu hampir setiap minggu saya akan mengikuti kelas serta kursus berkaitan ibadat ini untuk memantapkan ilmu yang ada.
"Alhamdulillah, selepas ibu dan bapa saya berpeluang menunaikan ibadat ini pada tahun 2008 kini giliran saya pula untuk mengikuti langkah mereka. Saya juga berdoa adik-beradik saya yang lain juga berpeluang menjadi tetamu Allah pada masa akan datang," katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai batik.
Muhammad Iqbal turut menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa supaya membuka akaun Tabung Haji untuk anak masing-masing sejak kecil bagi memudahkan urusan menunaikan ibadat haji pada masa akan datang.
--BERNAMA
Bernama
Sat Jun 11 2022
Muhammad Iqbal teruja dapat mengerjakan haji hasil tabungan duit raya yang disimpan sejak kecil. - Foto Sinar Harian
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Tuah buka akaun sejak lahir beri peluang tunai haji pada usia muda
Telah menjadi rutin ibu bapanya untuk menyimpan wang yang diperoleh daripada saudara-mara atau kenalan yang menziarahinya ketika bayi.
Saguhati jemaah umrah: Pembukaan akaun TH dilanjut hingga Mac - Idris Ahmad
Tempoh pembukaan akaun Tabung Haji (TH) bagi jemaah yang kerugian sepanjang penangguhan sementara ibadah umrah yang sepatutnya berakhir Jumaat ini, dilanjutkan sehingga Mac depan.
Jho Low tidak berani perdaya Najib, kata Timbalan Pendakwa Raya
Sithambaram berkata, sukar untuk percaya bahawa Jho Low berada dalam kedudukan bawahan kepada Najib mempunyai keberanian untuk mengatur transaksi penipuan.