Tribunal yang menyiasat dakwaan salah laku yang dilakukan oleh enam bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (GE14) hari ini memutuskan untuk tidak mendengar kes itu terhadap mereka.
Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara Tan Sri Amar Steve Shim yang mempengerusikan panel membuat keputusan berdasarkan majoriti yang memutuskan bahawa perkara itu kini bersifat akademik.
Tribunal itu, termasuk Steve dan seorang lagi Hakim Mahkamah Persekutuan yang bersara Tan Sri Zaleha Zahari dan Tan Sri Suriyadi Halim Omar memutuskan bahawa tribunal tidak akan diteruskan sementara Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham memutuskan bahawa tribunal patut mendengar perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan negara.
Semasa menyampaikan keputusan, Steve berkata memandangkan isu itu kini bersifat akademik, ia tidak boleh didengar kecuali ada alasan yang benar-benar munasabah.
"Persoalan sekarang adalah matlamat utama tribunal ini semata-mata untuk menyingkirkan enam bekas anggota suruhanjaya tetapi mereka telahpun menarik diri sama ada secara sukarela atau sebaliknya dari Suruhanjaya Pilihan Raya.
"Mengikut pandangan saya, jawapannya adalah jelas, saya mendapati ia tidak membawa apa-apa kebaikan demi kepentingan awam, ia akan menjadi sia-sia sahaja.
"Apabila tribunal itu bersidang buat kali pertama pada 28 Jan tahun ini semua pihak hadir dan mengemukakan dan berhujah dan semasa prosiding, alasan utama adalah akademik adalah kerana enam mereka tidak lagi menjadi anggota SPR," kata beliau yang kemudian dipersetujui oleh Zaleha dan Suriyadi, sambil menambah ia bukan untuk kepentingan awam bagi menyiasat bekas anggota SPR itu.
Jeffrey dan Prasad, sebaliknya memutuskan perbicaraan terhadap mereka perlu diteruskan kerana ia berkaitan proses demokrasi Malaysia dan peletakan jawatan mereka secara sukarela dari SPR tidak menghalang mereka daripada disiasat kerana salah laku semasa menyandang jawatan awam.
Steve berkata tribunal akan mengemukakan laporan mengenai keputusan hari ini kepada Yang di-Pertuan Agong.
Pada 17 Okt 2018, kerajaan dilaporkan telah memulakan proses penubuhan tribunal untuk menyiasat Tan Sri Othman Mahmood, Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K. Bala Singam Karupiah dan Datuk Leo Chong Cheong .
Sehari kemudian, lima anggota SPR itu mengumumkan peletakan jawatan mereka manakala seorang lagi anggota Bala Bala, meletak jawatan pada 27 Nov, 2018.
Tiga belas pertuduhan telah dikemukakan terhadap keenam-enam bekas anggota SPR tersebut berkaitan peranan mereka dalam menyediakan laporan persempadanan semula yang menimbulkan kontroversi dan cara PRU14 dijalankan pada 9 Mei 2018.
Dakwaan terhadap mereka antaranya menetapkan tempoh berkempen minimum (11 hari), gagal mengambil tindakan terhadap kesalahan pilihan raya, menetapkan hari mengundi pada hari Rabu dan mengadakan peraturan pilihan raya yang tidak munasabah.
Anggota tribunal masing-masing menyampaikan keputusan mereka selepas peguam Datuk Shaharudin Ali dan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili Othman, Md Yusop, Aziz dan Sulaiman, peguam K. Balaguru mewakili Bala Singam, dan R. Kengadharan mewakili Leo berhujah bahawa tribunal sepatutnya tidak mendengar perkara titu kerana ia sekarang telah menjadi akademik.
Dalam pada itu, Peguam Negara Tommy Thomas berkata beliau kecewa dengan keputusan tribunal kerana majoriti membuat keputusan berdasarkan masa, perbelanjaan dan tenaga yang akan digunakan jika tribunal itu diteruskan.
"ia tidak menjadi hal jika mengambil masa dua bulan untuk mencari kebenaran?"
"Kita perlu mengkaji cadangan yang dibuat oleh panel sebaik sahaja mereka menyerahkan laporan tersebut kepada Yang Di-Pertuan Agong dan saya akan menasihati kerajaan untuk menyiarkannya (laporan itu)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2019
Tiga belas pertuduhan telah dikemukakan terhadap keenam-enam bekas anggota SPR itu berkaitan peranan mereka dalam menyediakan laporan persempadanan semula yang menimbulkan kontroversi dan cara PRU14 dijalankan. - Gambar hiasan
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Tribunal putuskan tidak teruskan siasatan dakwaan salah laku enam bekas anggota SPR
Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara Tan Sri Amar Steve Shim yang mempengerusikan panel membuat keputusan berdasarkan majoriti yang memutuskan bahawa perkara itu kini bersifat akademik.