KOTA KINABALU: Trend peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah dijangka akan terus meningkat sekiranya pemberian vaksinasi di negeri ini masih rendah selain kurangnya kawalan penjarakan sosial.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Richard Avoi berkata berdasarkan trend kes harian COVID-19 dari 1 hingga 18 Jun lepas, diramalkan kes di Sabah akan meningkat 2,000 hingga 2,500 kes dalam tempoh dua atau tiga minggu akan datang.
Justeru, beliau menegaskan pada masa kini keutamaan perlu diberikan terhadap usaha untuk mengurangkan jumlah penduduk Sabah terdedah kepada jangkitan COVID-19 melalui program vaksinasi yang sedang dijalankan di negeri ini.
"Kurangkan penduduk terdedah (COVID-19) melalui vaksinasi penting kerana jika populasi terdedah ditambah hanya sebanyak 30 peratus sahaja, jumlah kes harian boleh meningkat menjadi 3,500 hingga 3,700 kes dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Kes baharu COVID-19 di seluruh negara hari ini merekodkan sebanyak 24,599, angka harian tertinggi sejak pandemik melanda tahun lepas dengan Sabah mencatatkan 3,487 kes.
Bagaimanapun, Richard berkata usaha meningkatkan jumlah penduduk divaksin lengkap di negeri ini memerlukan sedikit masa, sehubungan itu persediaan perlu dilakukan sejak dari awal bagi berdepan kemungkinan peningkatan kes yang tinggi.
Perkara sama turut diakui oleh Dekan FPSK UMS Prof Dr Mohammad Saffree Jeffree bahawa vaksinasi adalah kaedah paling berkesan bagi membendung trend peningkatan kes positif COVID-19 harian di Sabah yang telah melebihi 3,000 kes sehari.
Beliau berkata bagi melancarkan usaha itu, pihaknya telah menggerakkan kakitangan untuk melaksanakan program 'outreach' vaksinasi mobile di kawasan kampung serta kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Sementara itu Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata hanya dengan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secara menyeluruh mampu menangani peningkatan kes yang semakin meruncing di Sabah.
Beliau berkata bagi menjayakan PICK, Pusat Pemberian Vaksinasi Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) UMS telah memberikan suntikan vaksinasi sebanyak 83,059 dos vaksin kepada orang awam sekitar Kota Kinabalu sejak dibuka pada 14 Jun lepas.
"Kita tidak mahu membiarkan ada masyarakat yang belum divaksin kerana kita khuatir mereka akan membawa jangkitan dalam komuniti, dan ini yang menjadi kerisauan kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021
Trend peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah dijangka akan terus meningkat sekiranya pemberian vaksinasi di negeri ini masih rendah. - Gambar fail/Astro AWANI
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha pemulihan - Kor Ming
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi yang stabil.
Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
Seorang lelaki maut selepas lori simen dipandunya hilang kawalan dan terbalik di bahu jalan di kawasan Loji Cinta Mata, di Jalan Table, Tawau pada Selasa.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kementerian Perpaduan Negara peruntuk RM20 juta perkasa Rukun Tetangga
Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan RM20 juta bagi memperkasakan Rukun Tetangga (RT) menerusi Inisiatif Pemerkasaan RT Sebagai Penggerak Komuniti Progresif yang dilancarkan hari ini.
Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji
Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.
Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir dan dua lagi untuk membatalkan saman taikun Tan Sri Halim Saad.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
KKR syor teliti semula tempoh siap projek
Ahmad berkata ia termasuk mempraktiskan amalan terbaik dari negara luar dalam menyiapkan projek pembinaan rumah dan jambatan dalam tempoh singkat.
Kes fitnah jenayah: Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Mahkmah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, yang melarang beliau daripada mengelu
Nurulhidayah lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menarik nafas lega apabila pernikahannya bersama suami disahkan oleh kerajaan Malaysia.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
Terbaharu, beliau berpeluang berkongsikan mesej tersebut sewaktu diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Masa Depan Dunia Islam’, di Perpustakaan Negara Qatar, di Universiti Hamad bin Khalifa, di sini pada Selasa.
Terbaharu, beliau berpeluang berkongsikan mesej tersebut sewaktu diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Masa Depan Dunia Islam’, di Perpustakaan Negara Qatar, di Universiti Hamad bin Khalifa, di sini pada Selasa.
Kadar penyertaan tenaga buruh wanita dalam sektor pekerjaan masih jauh ketinggalan berbanding lelaki
Kadar penyertaan tenaga buruh wanita dalam sektor pekerjaan di negara ini masih jauh ketinggalan berbanding tenaga buruh lelaki.
HFMD tunjuk trend peningkatan - Dr Noor Azmi
Sebanyak 71,471 kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) direkodkan pada minggu epidemiologi (ME) 22/2022 (30 Mei) seluruh negara.
Trend kes COVID-19 Sabah dijangka meningkat jika vaksinasi masih rendah - Pakar UMS
Trend peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah dijangka akan terus meningkat sekiranya pemberian vaksinasi di negeri ini masih rendah selain kurangnya kawalan penjarakan sosial.
Rizab simpanan negara terus meningkat - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata jumlah terbaharu itu adalah memadai bagi membiayai import tertangguh selama 7.6 bulan, selain 1.1 kali jumlah hutang negara bagi tempoh jangka pendek.