KOTA BHARU: Trend kemasukan pesakit COVID-19 dalam kalangan wanita di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini menunjukkan peningkatan sejak beberapa hari lepas.
Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Azman Yacob berkata, kemasukan itu menunjukkan peningkatan mencecah 15 peratus berbanding sebelum ini, sehingga kuota PKRC yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah pesakit wanita.
Beliau berkata disebabkan peningkatan itu pihaknya hari ini mengambil inisiatif memindahkan pesakit lelaki COVID-19 yang berada di PKRC Tanah Merah untuk menempatkan pesakit wanita.
"Seramai 18 pesakit lelaki COVID-19 yang ditempatkan di PKRC Tanah Merah sebelum ini dipindahkan ke PKRC Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian pada 12.30 tengah hari tadi menggunakan bas mini daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).
"PKRC Tanah Merah ini mampu menempatkan 200 pesakit wanita pada satu-satu masa," katanya kepada pemberita selepas meninjau PKRC Gelanggang Seni, di sini hari ini.
Bagi menampung keperluan pesakit wanita yang semakin meningkat, Dr Mohd Azmzn berkata PKRC Gelanggang Seni yang merupakan PKRC kelapan di negeri itu juga akan menempatkan pesakit wanita.
"Kita jangka PKRC ini akan mula beroperasi pada Isnin depan, dan ia mampu menampung sehingga 140 orang bilangan pesakit pada satu-satu masa.
"Malah, PKRC Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas yang dibuka pada Selasa lepas (11 Mei) juga sudah hampir penuh dengan kapasiti seramai 160 pesakit wanita, selain di PKRC Dewan Putik Pengkalan Chepa juga hampir penuh, dengan 200 pesakit wanita," katanya.
Pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku peningkatan pesakit COVID-19 dalam kalangan wanita disebabkan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.
Kelantan merekodkan 109 kes baharu COVID-19 hari ini, dengan 107 adalah kes tempatan manakala selebihnya kes import.
Sementara itu dalam lawatannya Dr Mohd Azman turut menerima sumbangan 30 bantal untuk kegunaan pesakit COVID-19 di PKRC Gelanggang Seni daripada Penyelaras Bantuan COVID-19 Persatuan Tzu Chi Cawangan Kelantan Evone Lim dan Gabungan Pemuda Tiong Hwa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 15 2021
Kelantan merekodkan 109 kes baharu COVID-19 hari ini, dengan 107 adalah kes tempatan manakala selebihnya kes import. - Gambar hiasan
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.