KUALA LUMPUR: Langkah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan tambahan tren elektrik (ETS) bagi laluan Padang Besar-KL Sentral-Padang Besar sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka mampu meningkatkan jumlah peratusan pengundi.
Pelajar Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Muhammad Syahiran Abdullah, 24, berkata beliau berhasrat menggunakan perkhidmatan ETS pada Jumaat ini demi menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Selangor.
"Saya bersyukur dengan penambahan trip yang dibuat pihak KTMB kerana ia dapat membantu dalam melancarkan perjalanan saya serta mereka yang terlibat dalam PRN Sabtu ini.
"Tiket perkhidmatan ETS ini juga mudah didapati kerana pengguna boleh membuat pembelian melalui laman sesawang KTMB atau aplikasi KTMB Mobile (KITS) tanpa perlu ke kaunter," katanya kepada Bernama.
Penambahan perkhidmatan itu turut memberi kelegaan kepada eksekutif syarikat pelaburan Syifa Ardani Roslan, 26, yang akan pulang ke kampung halamannya di Sungai Petani, Kedah bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.
"Inisiatif ini dapat memberi lebih banyak peluang kepada pengguna untuk pulang mengundi kerana kebiasaannya tiket tren agak terhad dan habis terjual dengan cepat semasa musim pilihan raya atau cuti," katanya.
Pekerja swasta di ibu negara, Low Si Ling, 24, berkata perkhidmatan tambahan tren itu yang turut dibuka sempena cuti sekolah akan datang, membolehkannya bercuti ke Pulau Pinang tanpa perlu memandu selama empat jam ke negeri itu.
"Sebelum ini saya pergi bercuti dengan memandu kenderaan sendiri, tetapi dengan adanya perkhidmatan tambahan ini saya boleh ke utara menggunakan ETS tanpa perlu menempuh kesesakan jalan raya," katanya.
Sementara itu, jurucakap KTMB semasa dihubungi Bernama hari ini berkata 89 peratus tiket ETS bagi perkhidmatan tambahan sempena PRN telah terjual setakat ini, manakala untuk cuti sekolah sebanyak 51 peratus terjual daripada 8,190 tiket yang ditawarkan.
Pada Jumaat lepas, KTMB memaklumkan akan menyediakan dua perkhidmatan tambahan ETS bagi laluan Padang Besar-KL Sentral pada 11 pagi dan dari KL Sentral-Padang Besar pada 5.05 petang sempena PRN dan cuti sekolah.
Perkhidmatan tambahan itu akan beroperasi selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos untuk PRN dan 10 hari bermula 25 Ogos hingga 3 Sept sempena cuti sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023
Perkhidmatan tambahan itu akan beroperasi selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos untuk PRN dan 10 hari bermula 25 Ogos hingga 3 September. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
KTMB sedia laporan insiden penumpang tarik brek kecemasan ETS
Semua pengguna tren KTMB dinasihat tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren semasa ia beroperasi.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Deepavali
KTMB akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua ETS bagi laluan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Padang Besar dan sebaliknya sempena Deepavali.
Tiket tambahan tren ETS sempena cuti Awal Muharram dijual mulai esok
Perkhidmatan tambahan itu bermula 5 hingga 7 Julai itu menawarkan 2,520 tiket termasuk dalam koc kelas perniagaan.
Penumpang ETS KL-Ipoh nikmati perjalanan lebih pendek mulai Ogos
Pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan sebaliknya akan menikmati masa perjalanan lebih pendek dengan pengenalan perkhidmatan ETS Ekspres bermula Ogos ini.
KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha
Sebanyak 9,450 tiket tren tambahan termasuk koc kelas perniagaan akan mula dijual pada 3 petang hari ini.
Tambang perjalanan ETS terganggu dipulangkan secara penuh - KTMB
KTMB akan memulangkan semula tambang perjalanan secara penuh, kepada penumpang yang tidak dapat meneruskan perjalanan akibat gangguan perkhidmatan ETS.
Jualan tiket ETS KTMB Aidilfitri: Lebih 80 peratus telah dijual
Lebih 80 peratus daripada 119,880 tiket perkhidmatan ETS KTMB yang ditawarkan bagi tempoh perjalanan Aidilfitri dari 1 hingga 15 April, telah terjual setakat pagi tadi.
Trip ETS ditambah dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina
Terdapat penambahan empat perkhidmatan sehari bagi laluan KL Sentral - Ipoh - KL Sentral sepanjang tempoh 7 Februari hingga 13 Februari 2024.
Kren tumbang: Perkhidmatan komuter, ETS kembali pulih
Tren komuter pertama bernombor 2301 telah memulakan operasi seawal 5.05 pagi tadi dari stesen Tanjung Malim ke KL Sentral.