Bagaimanapun, tiada kebocoron asid dilaporkan berlaku dan pemandu treler hanya mengalami kecederaan ringan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.54 malam.
“Kemalangan melibatkan sebuah treler membawa tangki muatan asid Hidroklorik melanggar sebuah lori 10 tan yang berada di tepi jalan menyebabkan tangki muatan asid tersebut terbalik ke tepi jalan.
“Terdapat seorang mangsa pemandu treler mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke klinik oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.
Menurutnya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah memantau kerja-kerja pemindahan asid oleh syarikat berkenaan dari tangki yang terbalik ke tangki lain yang dibawa oleh sebuah treler.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Azmil Kamaludin tamat sepenuhnya pada jam 2.14 pagi.