Citizens International meminta kerajaan menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan insiden serangan kejam di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat.
Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, S.M. Mohamed Idris berkata mesyuarat tersebut juga adalah untuk membincangkan punca serangan itu dan merangka pelan untuk memerangi penyebaran perasaan membenci terhadap umat Islam dan Islam.
"Kerajaan Barat tidak mengambil tindakan terhadap individu, badan pemikir dan media yang menghasut kebencian terhadap umat Islam.
"Mereka menganggap tindakan meniupkan sentimen kebencian yang boleh mengakibatkan keganasan terhadap umat Islam sebagai melaksanakan kebebasan bersuara, tetapi sebaliknya menganggap tindakan memboikot Israel dan kritikan terhadap zionisme sebagai jenayah.
"Kegagalan mereka untuk mengambil tindakan terhadap anasir-anasir yang mengapi-apikan perasaan membenci adalah seperti menggalakkan permusuhan terhadap Islam dan umat Islam yang mengakibatkan keganasan ke atas mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Sabtu.
BACA: Apa yang kita tahu setakat ini mengenai tragedi solat Jumaat Christchurch
Beliau juga menggesa kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan yang tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebarkan sentimen membenci terhadap terhadap umat Islam dan Islam yang berlaku di dunia hari ini yang menyaksikan pembunuhan ramai umat Islam yang menunaikan ibadah dalam masjid.
Mohamed Idris berkata Citizens International mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam lebih 40 umat Islam di dua masjid di Christchurch, New Zealand oleh pengganas supremasis kulit putih.
"Kami mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa dan mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat. Kami juga mendoakan semoga mereka yang mereka yang cedera dalam serangan itu segera sembuh," katanya.
BACA: Serangan masjid Christchurch: Tiga rakyat Malaysia cedera, seorang masih hilang
Kementerian Luar pada Jumaat mengesahkan bahawa dua rakyat Malaysia cedera dalam insiden itu. Bagaimanapun seorang lagi warga Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden serangan tersebut yang dilabelkan oleh Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern sebagai sebagai terorisme.
Sekurang-kurangnya 49 orang maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam insiden penembakan kejam itu yang berlaku pada 1.40 tengah hari waktu tempatan.
BACA: Tragedi solat Jumaat: Antara mangsa serangan masjid Christchurch yang dikenal pasti
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2019
MOHAMED IDRIS: Kegagalan Kerajaan Barat untuk mengambil tindakan terhadap anasir-anasir yang mengapi-apikan perasaan membenci adalah seperti menggalakkan permusuhan terhadap Islam dan umat Islam. - Gambar fail
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.
Pengganas Christchurch, New Zealand kemuka rayuan sabitan, hukuman
Pengganas yang menyerang jemaah di dua masjid Christchurch, New Zealand pada 2019 telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara seumur hidup.
Pasangan pengantin parah dalam nahas helikopter
Sebahagian daripada tetamu perkahwinan adalah individu yang terperangkap dalam serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac 2019.
Filem berkaitan tragedi Christchurch dibantah komuniti Islam
Umat Islam di New Zealand membantah rancangan untuk menerbitkan filem berkaitan tragedi tembakan masjid di Christchurch pada tahun 2019.
Dua tahun serangan tembakan di masjid Christchruch, mangsa terus diingati
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut menyertai ratusan penduduk yang berkumpul di Christchurch Arena
18 nelayan diterbangkan dari Moscow ke N. Zealand, disahkan positif COVID-19
Menurut pihak berkuasa, seramai 235 nelayan dari Rusia dan Ukraine berada dalam peasawat yang disewa tiga syarikat perikanan.
Keluarga mangsa Christchurch sambut baik keputusan mahkamah
Mereka yang memegang sepanduk berbentuk hati dan kata-kata semangat seperti 'kami sentiasa bersama anda' bersorak sambil melambaikan tangan di perkarangan mahkamah sebaik keputusan diumumkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 27 Ogos 2020.
Penembak serangan Christchurch dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Brenton Tarrant bakal menjalankan hukuman penjara seumur hidup, iaitu yang pertama kali dijatuhi di New Zealand.
Serangan Christchurch: Suspek bercadang bakar masjid selepas serangan
Tarrant, mengaku bersalah atas 51 tuduhan membunuh, 40 tuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan melakukan keganasan.