Seorang penolong pengurus sebuah syarikat telekomunikasi maut selepas dirempuh dalam satu kes langgar lari di Cyberjaya, awal malam tadi.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, sebuah kereta model Hyundai dengan nombor pendaftaran BHS 7999 merempuh Wan Amirah Wan Alias, di hadapan bangunan kedai Shafbury, Cyberjaya.
Menerusi video yang dipercayai dari kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat baru sahaja keluar dari kedai dan melintas jalan untuk ke keretanya.
Melalui visual CCTV yang tular di media sosial ketika ini, mangsa yang menyedari kereta itu dipandu laju, mangsa cuba berlari ke tepi jalan namun gagal apabila kereta itu merempuh dan menyeretnya beberapa meter.
Wan Amirah yang cedera parah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia jam 4 pagi tadi.
Seementara itu, polis melancarkan operasi besar-besaran untuk mengesan suspek.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali memaklumkan semua elemen telah digerakkan dalam usaha untuk mengesan pemandu kereta terbabit.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.
Astro Awani
Thu Oct 18 2018
![Tragedi langgar lari Cyberjaya: Wanita melintas jalan maut dirempuh Tragedi langgar lari Cyberjaya: Wanita melintas jalan maut dirempuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41539843562_cyberjaya.jpg)
Kereta suspek dilihat merempuh dan menyeret mangsa beberapa meter. - Sumber foto Facebook
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Tragedi langgar lari Cyberjaya: Wanita melintas jalan maut dirempuh Tragedi langgar lari Cyberjaya: Wanita melintas jalan maut dirempuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41539843562_cyberjaya.jpg)
Tragedi langgar lari Cyberjaya: Wanita melintas jalan maut dirempuh
Semua elemen telah digerakkan dalam usaha untuk mengesan pemandu kereta model Hyundai dengan nombor pendaftaran BHS 7999 itu.
![Polis Sepang rampas tiga bagasi disyaki bahan proses dadah bernilai RM1 juta Polis Sepang rampas tiga bagasi disyaki bahan proses dadah bernilai RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51485949668_SeludupDadahKLIA.jpg)
Polis Sepang rampas tiga bagasi disyaki bahan proses dadah bernilai RM1 juta
Tiga bagasi disyaki mengandungi bahan membuat dadah bernilai RM1 juta dirampas polis Sepang pada 23 Jan lalu dari bahagian 'Lost and Found' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).