KUALA LUMPUR: Siasatan awal di kawasan lokasi tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights mendapati terdapat perlanggaran garis panduan bangunan terutama di lereng bukit.
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pemerhatian pihak berwajib juga mengenal pasti ada juga pemilik kediaman melakukan penambahan struktur bangunan tanpa kelulusan.
Beliau berkata, garis panduan pembinaan bangunan di lereng-lereng bukit dan kecerunan sudah disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Saya melihat ada pembinaan pada pemerhatian saya mungkin melanggar peraturan ditetapkan, oleh sebab itu berlaku kejadian tanah runtuh ini," katanya dalam sidang media selepasa melakukan tinjauan di Kemensah Heights pada Ahad.
BACA: 19 rumah teres dua tingkat terjejas tanah runtuh - Bomba
BACA: Tragedi Kemensah Heights: Laporan kajian JMG dikeluarkan Selasa - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, kerja-kerja penambahan struktur kediaman itu dilakukan pemilik atas faktor bilangan ahli keluarga bertambah.
Bagaimanapun, katanya, setiap penambahan binaan seharusnya mengikut undang-undang ditetapkan agar kejadian tidak diingini boleh berlaku.
"Kalau ikut segala kriteria dilakukan tidak akan berlaku apabila pembinaan tanpa izin dan sebagainya," jelas beliau lagi.
Pada Jumaat malam, seramai 28 keluarga dan 19 buah kediaman terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kemensah Heights.
Ketika ini, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sedang melakukan kajian bagi mengenal pasti kejadian tanah runtuh sementara mangsa-mangsa yang terjejas sudah dipindahkan di dewan orang ramai.
Kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor turut menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas.
Fareez Azman
Sun Sep 19 2021
Pemerhatian pihak berwajib juga mengenal pasti ada juga pemilik kediaman di Kemensah Heights melakukan penambahan struktur bangunan tanpa kelulusan. - Gambar BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Tragedi Kemensah Heights: Ada pembinaan memasuki rizab sungai - Tuan Ibrahim
Siasatan awal mendapati, struktur binaan telah memasuki kawasan rizab sungai sebelum kejadian berlaku.
Tragedi Kemensah Heights: RM10 juta untuk kestabilan jangka panjang Sungai Kemensah - Tuan Ibrahim
Projek itu termasuk pembesaran kawasan sungai bagi mengelak kejadian tanah runtuh berlaku di masa depan.
Tragedi Kemensah Heights: Penduduk harap bantuan setimpal segera disalurkan
Apa yang diharapkan oleh penduduk ialah dapat berpindah segera ke kediaman sementara yang lebih selesa selain bantuan setimpal lain.
Tragedi Kemensah Heights: "Saya tergamam lihat tanah di luar rumah runtuh" - Penduduk
Seorang penduduk, Noor Atila Zolkefli kongsi cerita mencemaskan apabila ternampak tanah di luar dapur kediamannya runtuh.
Tragedi Kemensah Heights: Masih ada pergerakan tanah di kawasan runtuhan - Pengarah JMG Selangor
Berikutan cuaca yang tidak menentu, pergerakan tanah di kawasan terjejas masih berlaku.
Tragedi Kemensah Heights: Pembinaan tambahan tidak ikut garis panduan - Takiyuddin
Siasatan awal mendapati terdapat perlanggaran garis panduan bangunan terutama di lereng bukit.
Tragedi Kemensah Heights: Laporan kajian JMG dikeluarkan Selasa - Takiyuddin
Ketika ini, kerja-kerja siasatan dan kajian tanah masih dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di lokasi kejadian.
Tragedi Kemensah Heights: RM1 juta diperlukan bina kepingan besi - Azmin Ali
Pembinaan kepingan besi adalah perlu kerana pergerakan tanah boleh mengakibatkan ketidakstabilan cerun.