SERDANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mayat wanita yang terbabit dalam tragedi lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ditemukan pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mayat Juliana, 38, yang lemas semasa menjala ikan bersama suami, Ahmad Suriadi, 40, telah ditemukan oleh pasukan penyelamat pada tengah hari Isnin.
Beliau berkata, mayat wanita tersebut dibawa naik ke darat pada jam 1.20 tengah hari dan jenazahnya telah disahkan oleh Ahmad Suriadi.
"Mayat Juliana ditemukan di Lombong D'Island berhampiran Taman Lacattage, Putra Perdana, dekat sini kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian.
"Usaha mengesan mangsa terakhir iaitu anak bongsu mangsa bernama Riska Amelia, 4, masih giat dijalankan di sekitar lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan lima sekeluarga dibawa arus deras ketika menjala ikan di saliran longkang monsun, di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan, dekat sini pada Ahad.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, sepasang suami isteri warga Indonesia dan tiga anak mereka yang berusia antara empat hingga 10 tahun dilaporkan sedang menjala di kawasan tersebut.
Kejadian itu menyebabkan kelima-lima mangsa tergelincir dan terjatuh, sebelum dihanyutkan ke sungai berhampiran.
Bagaimanapun suami dan anak lelaki kedua keluarga itu yang berusia sembilan tahun selamat, manakala anak sulung pasangan itu berusia 10 tahun ditemukan lemas pada jarak satu kilometer dari lokasi kejadian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 01 2024
Anggota JBPM membawa naik mayat Juliana yang ditemukan setelah hilang dibawa arus deras ketika menjala ikan di saliran longkang monsun di Kota Perdana, Seri Kembangan, Selangor pada Ahad. - Foto Ihsan JBPM
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Bangladesh minta Hasina diekstradisi
Penasihat luar kerajaan sementara berkata telah menghantar nota rasmi kepada Kerajaan India bahawa Kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali ke negara itu untuk menjalani proses kehakiman.
Bangladesh tidak benarkan lagi kemasukan Rohingya
Bangladesh tegaskan, ia tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya, lebih-lebih lagi apabila kira-kira 60,000 pelarian itu memasuki negara Asia Selatan itu dalam tempoh dua tahun lalu
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Tragedi jala ikan: Mayat isteri ditemukan, anak bongsu masih hilang
PDRM mengesahkan mayat wanita yang terbabit dalam tragedi lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ditemukan pada Isnin.