KUALA LUMPUR: Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Mohd Fareez Omar yang terselamat dalam nahas pesawat Hawk 108 di Butterworth, Pulau Pinang, pada 16 Nov lepas, dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.
Panglima Angkatan Tentera (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang berkata ketika ini keadaan Mohd Fareez bertambah baik tetapi perlu dipantau rapi oleh pasukan perubatan dari semasa ke semasa berikutan kecederaan teruk pada tulang belakangnya.
Ditanya sama ada Mohd Fareez dibenarkan keluar hospital atau sebaliknya, beliau berkata ATM tidak boleh menentukannya kerana Mohd Fareez masih menerima rawatan lanjut.
"Selain itu, jawatankuasa khas masih menjalankan siasatan terhadap kemalangan melibatkan pesawat itu sebelum mengambil tindakan susulan. Semua perkara itu memerlukan masa untuk penelitian menyeluruh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kesihatan Mohd Fareez selepas menghadiri Majlis Pelancaran Aplikasi MyVeteranMall di sini hari ini.
Dalam nahas kira-kira 10.07 malam itu, seorang juruterbang TUDM maut iaitu Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala Mohd Fareez cedera selepas pesawat dinaiki mereka terhempas ketika sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth.
Sementara itu, mengenai persediaan ATM dalam menghadapi musim tengkujuh, Affendi berkata ATM sentiasa dalam keadaan bersiap siaga di setiap zon dan lapangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau berkata setiap anggota dan aset ATM akan digerakkan untuk penugasan musim tengkujuh mengikut keperluan.
"Berapa jumlah anggota dan aset saya tidak dapat katakan namun saya boleh maklumkan ATM sentiasa bersiap siaga di segenap tempat.
"Pada bulan ini cuaca tidak menentu, kalau dulu kita tahu di kawasan pantai timur pada Disember selalu hujan namun sekarang boleh hujan di mana-mana maka kita tidak boleh leka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021

Dalam nahas kira-kira 10.07 malam itu, seorang juruterbang TUDM maut iaitu Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala Mohd Fareez cedera selepas pesawat dinaiki mereka terhempas ketika sedang menjalani latihan penerbangan. Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tragedi Hawk: Mohd Fareez stabil, masih dirawat di HSJ
Juruterbang TUDM Mejar Mohd Fareez Omar yang terselamat dalam nahas pesawat Hawk 108 di Butterworth pada 16 Nov lepas, dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Tragedi Hawk: Keluarga Mohd Fareez bersyukur anak terselamat
Menurut Omar, selepas dimaklumkan, beliau bersama ahli keluarga dari Selangor bergegas ke Pulau Pinang dan tiba sekitar jam 8 pagi tadi.