Muhammad Haziq Mohd Tarmizi disahkan antara 50 mangsa yang maut dalam serangan pengganas di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu.

Pengesahan dibuat oleh Wisma Putra dalam satu kenyataan media pagi ini.

Muhammad Haziq, 17 tahun, adalah anak Mohd Tarmizi Shuib, 46 tahun, seorang rakyat Malaysia yang turut cedera dalam serangan tersebut.

Rakyat Malaysia lain yang cedera dalam insiden itu ialah Muhammad Nazril Hisham Omar, 46 tahun, dan Rahimi Ahmad, 39 tahun.

Kenyataan Wisma Putra pada Khamis

Sebelum ini, kematian Muhammad Haziq dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh.

BACA: Tragedi Christchurch: Mohd Haziq disahkan maut - Exco P. Pinang

BACA: Rakyat Malaysia yang cedera stabil, seorang lagi masih hilang

Namun Wisma Putra dalam kenyataan susulan berkata, ia hanya akan membuat pengesahan selepas pihak berkuasa New Zealand membuat kenyataan rasmi.


BACA: "Assalamualaikum..." ucap PM New Zealand buka sidang parlimen

BACA: Hari Tudung tanda sokongan wanita New Zealand Jumaat ini